Lumba haram: Polis jalankan operasi selagi ada aduan

oleh Penyumbang Rencana|
Polis Daerah Iskandar Puteri terus menjalankan Op Samseng Jalanan berikutan masih menerima aduan daripada orang awam berhubung aktiviti samseng jalanan dan lumba haram di Lebuhraya Iskandar Sultan, di Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata operasi itu dijalankan mulai jam 11 malam Jumaat sehingga 5 pagi Sabtu.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Beliau berkata, hasil daripada risikan dan operasi mendapati masih terdapat samseng jalanan yang melakukan aktiviti lumba haram di lokasi berkenaan.

"Dalam operasi itu, kita berjaya menahan enam orang samseng jalanan kerana menunggang motosikal secara melulu. Antara aksi yang dilakukan ketika menunggang motosikal adalah menundukkan kepala selari dengan meter dan melunjurkan kedua-dua kaki ke belakang seperti gaya `Superman' serta bersaing sesama sendiri dengan membuat aksi zig-zag.

"Tindakan mereka dilakukan sehingga membahayakan nyawa sendiri dan nyawa pengguna jalan raya yang lain," katanya menerusi kenyataan media, pada Sabtu.

Kumarasan berkata, semua warga tempatan berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya, manakala semua motosikal terbabit disita dan 13 notis saman dikeluarkan.\

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata tangkapan itu…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Domestik
  "Video itu memaparkan penunggang terbabit lengkap berpakaian baju Melayu. "JSPT Bukit Aman…