Lumba haram: Sembilan lelaki ditahan dengan wang taruhan RM10,437.50

oleh SALINA JALIL|
Sembilan lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti lumba haram ditahan dan dikompaun dalam Operasi Samseng Jalanan di sekitar Jalan Apas-Balung, Tawau semalam.


Kesemua individu yang berusia 18 hingga 30 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau antara pukul 4 pagi hingga 10.30 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Peter Umbuas  berkata, tujuh daripada sembilan individu yang ditahan itu ditahan mengikut Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kemudian dibebaskan setelah dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Sementara itu, dua individu lagi ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan Sekseyn 81 (1) APJ 1987 kerana membawa kenderaan iaitu kereta dan motosikal dengan kelajuan yang tinggi dan berbahaya.

 

Turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM10,437.50 yang disyaki sebagai wang pertaruhan bagi aktiviti lumba haram berkenaan.

 

Kesemua individu berkenaan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut dan tujuh kenderaan termasuk dua motosikal, tiga kereta dan dua pacuan empat roda turut disita.

 

 

 

 UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Menurut laporan Sydney Morning Herald, Otero pada awalnya terlibat dalam satu kemalangan di mana…
Berita Domestik
Dalam kejadian, sekumpulan mat rempit dilapor melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti aksi…