Luminox Atacama Adventurer 1760 Series - sedia untuk apa jua cabaran

oleh Mohamad Hanif|
Mengambil inspirasi daripada Gurun Atacama, Chile sebagai salah satu kawasan terkering di dunia, Luminox selaku pengeluar jam tangan yang terkenal dengan moto "Always Visible" kini hadir dengan model jam tangan baharu dikenali dengan nama Atacama Adventurer 1760 Series.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jam tangan yang mampu bertahan dalam keadaan ekstrem ini didatangkan dengan casis keluli tahan karat 42 mm yang tampil dengan imej yang kasual dan urban. 

Walaupun tanpa imej yang tipikal dari Luminox, jam tangan Atacama Adventurer 1760 Series ini direka supaya mampu bertahan di dalam kedalaman air sehingga 200 meter. 
 


Apa yang menarik pada jam tangan Atacama ini adalah kehadiran sub dial kedua pada angka enam - ciri pertama seumpamanya ditawarkan dan diperkenalkan dalam barisan jam tangan Luminox.

Sub dial ini sebenarnya menjalankan fungsi sebagai jarum saat, akan tetapi menampilkan sebuah cakera boleh berputar dengan rekaan seakan sebuah kompas. 

Jam tangan Atacama Adventurer ini didatangkan dalam empat variasi rekaan, serta tiga warna dial yang sangat menarik iaitu biru, hitam dan juga perang. 
 


Memegang kemas jam tangan ini di pergelangan setiap para peminat Luminox adalah tali jam yang diperbuat daripada kulit, tekstil atau bracelet keluli kalis karat. 

Tidak ketinggalan, ciri lazim Luminox Lighting Technology (LLT) turut dibawakan pada jam tangan Atacama Adventurer ini yang memastikan anda boleh berterusan membaca masa tanpa sebarang bantuan cahaya luar selama 25 tahun lamanya. 

Penggunaan kaca kristal Sapphire dengan ciri anti-silau memberikan kemasan akhir kepada jam tangan yang segak ini. 
 


Harga jualan pula bermula dari RM3,060 sehingga RM3,450 bergantung kepada spesifikasi rekaan yang ditawarkan.

Bagi mereka yang berminat, jam tangan Luminox boleh didapati di lokasi-lokasi utama seperti Parkson Pavillion, Parkson Sunway Velocity, Isetan KLCC, Isetan 1Utama, SOGO KL dan juga SOGO Shah Alam. 

Untuk maklumat lanjut, boleh terus menghubungi Crystal Time (M) Sdn Bhd di talian +603-29383938 atau laman web www.crystaltime.com.sg atau media sosial Facebook dan Instagram Luminox Malaysia.
 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, iaitu rekaan dial dan bezel berwarna hijau dengan tali jam…
Gaya Hidup
Koleksi jam tangan terbaharu ini diinspirasikan daripada salah satu ekspedisi terawal Bear Grylls…