Luminox Bear Grylls MASTER SEA '3745' - bermula dari RM4,780

oleh Mohamad Hanif|
Kerjasama antara Luminox dan Bear Grylls bukanlah satu perkara yang baharu, dan kedua-dua entiti itu kini melancarkan produk jam tangan baharu dengan membawakan identiti dial 'muka panda' pada Luminox Bear Grylls MASTER SEA 3745.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebuah jam tangan Bear Grylls yang laris terjual, unit tersebut  kini didatangkan dengan rekaan dial berwarna kuning dengan dua sub-dial hitam yang membentuk 'mata' panda.

 


Luminox Bear Grylls Survival MASTER SEA '3745' menampilkan quartz chronograph pada casis CARBONOXTM bersaiz 45 mm, dibantu dengan lapisan kaca kristal sapphire dan salutan anti-silau.

Casis ini memiliki tahap ketahanan yang lebih tinggi, lebih kuat, serta mampu bertahan di bawah permukaan air sedalam 300 meter yang sesuai untuk digunakan ketika aktiviti menyelam atau kondisi yang ekstrem.

 


Selain daripada itu, terdapat juga ciri dive bezel jenis uni-directional, indikasi kompas, tali kompas yang boleh ditanggalkan, serta kemasan kecil S.O.S di dalam kod Morse pada bahagian dial.

Bagi memastikan setiap saat, ketika dan masa yang boleh dibaca, setiap jam Luminox Bear Grylls MASTER SEA '3745' datang dengan tiub gas mikro Luminox Light Technology bagi memastikan pencahayaan secara konsisten selama 25 tahun tanpa sebarang bantuan cahaya luar.

 


Harga jualan bermula dari RM4,780.

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…