Luminox Bear Grylls Survival Rule of 3 #Tide Series dilancarkan - dari RM2,684

oleh Mohamad Hanif|
Selepas memperkenalkan beberapa siri jam tangan Bear Grylls, Luminox baru-baru ini melancarkan penawaran baharu, kali ini menggunakan siri jam tangan #Tide dengan bahan buatan yang lebih mesra alam, iaitu Survival Rule of 3 #Tide Series.

Uniknya penawaran kali ini adalah peraturan kelangsungan hidup Survival of 3 yang disertakan sekali pada tali jam tangan:

  • 3 minit tanpa udara
  • 3 jam tanpa perlindungan
  • 3 hari tanpa air
  • 3 minggu tanpa makanan

 

ECO


Seperti siri jam tangan #Tide yang lain, jam tangan edisi Bear Grylls terbaharu ini turut menampilkan penggunaan bahan-bahan yang mesra alam, di samping mengekalkan casis CARBONOXTM 45 mm yang mampu bertahan sedalam 200 meter di bawah permukaan air.

Terdapat dua versi yang ditawarkan, iaitu dial hitam dengan tali jam tangan hitam, atau dial hitam dengan tali jam tangan berwarna jingga - kedua-duanya diperbuat daripada plastik kitar semula #Tide.
 

ECO


Antara ciri menarik termasuklah nombor 3 yang sengaja dibesarkan merujuk kepada undang-undang kelangsungan hidup itu tadi, logo Bear Grylls Never Give Up pada petunjuk pukul 9, serta teknologi pencahayaan kendiri Luminox Light Technology.

Harga jualan untuk seutas jam tangan di bawah siri Luminox Bear Grylls Survival Rule of 3 #Tide Series ini bermula dari S$845 (RM2,684).

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Koleksi terbaharu itu menampilkan kombinasi tiga bahan yang berbeza, iaitu getah, keluli dan…
Gaya Hidup
Buat pertama kalinya, casis CARBONOX™+ menampilkan pergerakan automatik Selita SW-220-1 serta…
Gaya Hidup
Sejarah siri jam tangan ini bermula pada tahun 1994 di mana Luminox membangunkan sebuah jam tangan…