Luminox Master Carbon SEAL Automatic 3680 Series - dua pilihan warna, RM5,545

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar jam tangan lasak Luminox telah melancarkan produk baharu jam tangan di bawah siri Master Carbon SEAL Automatic.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Luminox Master Carbon SEAL Automatic direka untuk menjadi sebuah jam tangan yang boleh dipercayai dan tahan lasak - sama seperti anggota Navy SEAL yang terlatih untuk menempuh apa jua cabaran dan undur bukannya satu pilihan.
 

luminox


Perumah jam bersaiz 45 mm itu diperbuat daripada bahan ringan  CARBONOX™+, sementara bezel pula daripada bahan keluli tahan karat.

Pergerakan jam automatik SELLITA SW 220-1 itu pula dilindungi dengan kaca kristal sapphire yang disaluti bahan anti-silau.

Terdapat dua variasi warna ditawarkan, iaitu gandingan dial jet-black dan army green, atau warna cool grey.
 

LLT


Kedua-dua versi jam tangan ini turut didatangkan dengan ciri kalis air sedalam 200 meter, paparan tarikh dan hari, serta sistem pencahayaan kendiri Luminox Light Technology yang mampu bertahan selama 25 tahun.

Harga jualan Luminox Master Carbon SEAL Automatic 3862 dan 3877 bermula dari RM5,545.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Dibina berdasarkan standard spesifikasi prestasi 'MIL-PRF-46374G’, Luminox Mil-Spec memiliki tahap…
Berita Domestik
Jelajah pop-up itu bakal menampilkan rangkaian koleksi G-SHOCK 40th Anniversary, termasuk siri…
Gaya Hidup
Terdapat tiga rekaan dial dan tali jam yang boleh dipilih dengan warna Sand, Olive Green dan White…