Luminox Original Navy SEAL Dive 3001.EVO.Z.SET - 400 unit sahaja, harga jualan RM2,650

oleh Mohamad Hanif|
Jam tangan Luminox Original Navy SEAL Dive merupakan unit pertama yang direka oleh Luminox atas permintaan pasukan U.S. Navy SEALS, dan ia juga bertindak sebagai asas kepada model-model jam tangan Luminox sehingga ke hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai penghormatan kepada unit jam pertama ini, Luminox baru-baru ini melancarkan edisi terhad berwarna kelabu 3001.EVO.Z.SET yang dihasilkan sebanyak 400 unit sahaja.

 


Unit 3001.EVO.Z.SET ini menampilkan kemaskini rekaan yang dinaiktaraf di mana komponen seperti bezel, casis dan dial diberikan penampilan yang lebih moden.

Disebalik casis CarbonoxTM 43 mm, jam tangan ini membawakan rekaan dial yang bertekstur diserikan dengan penggunaan fon angka yang lebih moden, sebelum dilindungi oleh kaca mineral yang diperkukuh, dan mampu bertahan di bawah 200 meter permukaan air.

 


Tidak ketinggalan, sistem pencahayaan kendiri Luminox Light Technology (LLT) terdiri daripada 15 tiub bagi memastikan jam ini mudah untuk dibaca walaupun di dalam kegelapan yang ketara.

Harga jualan untuk seutas jam tangan Original Navy SEAL Dive 3001.EVO.Z.SET ini bermula dari RM2,650.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Pembeli boleh beli apa jua koleksi jam tangan Luminox yang berada di pasaran dan berpeluang…
Gaya Hidup
Terdapat dua pilihan warna ditawarkan, iaitu rekaan dial dan bezel berwarna hijau dengan tali jam…
Gaya Hidup
Koleksi jam tangan terbaharu ini diinspirasikan daripada salah satu ekspedisi terawal Bear Grylls…