Luminox Pacific Diver Chronograph Limited Edition 3140 Series - Warna turquoise, RM4,470

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Menambahkan lagi barisan 3140 Series, Luminox telah melancarkan jam tangan Pacific Diver Chronograph Limited Edition berwarna turquoise sempena Hari Lautan Sedunia.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terhad kepada 710 utas , jam tangan baharu itu meraikan lautan indah bumi, yang berfungsi bukan sahaja sebagai inspirasi untuk reka bentuk dan kempen jam tangan itu, tetapi juga sebagai peringatan merawat khazanah dunia dengan hormat sambil menikmatinya.

2

Jam tangan itu memiliki spesifikasi yang sama seperti Luminox Pacific Diver Chronograph Series sedia ada, di mana ia datang dengan perumah keluli tahan karat 44mm bersama bezel satu arah CARBONOXTM dan dikuasakan pergerakan quartz Swiss.

Memberikan binaan kukuh dan ringan, ia turut menggunakan kristal sapphire dan mempunyai ketahanan air sedalam 200m.

3

Ia juga datang dengan tali getah bersama bar spring pelepasan cepat yang membolehkan pertukaran tali dengan pantas dan mudah.

Jam tangan itu turut menampilkan teknologi Luminox's Light untuk memberikan keterlihatan jam tangan dalam keadaan pencahayaan yang sedikit atau gelap.

 

4

 

Luminox Pacific Diver Chronograph Limited Edition 3140 Series berwarna istimewa itu ditawarkan dari RM4,470, dengan hanya 710 utas terhad dihasilkan.