Kini, beliau masih meneruskan minat menyelam di dasar lautan menerusi organisasi bukan berasaskan keuntungan Sea Wolves Unlimited dan Undersea Voyager Project yang membantu para pengkaji, pensyarah, pelajar dan saintis mengenali dengan lebih mendalam mengenai kehidupan di dasar lautan.
Didatangkan dalam empat model, kesemua jam tangan Deep Dive 1550 Series ini hadir di dalam casis Carbonox+TM bersaiz 46 mm yang diperbuat daripada bahan berasaskan karbon - 3 kali lebih ringan berbanding titanium, hypoallergenik, serta tahan lasak untuk kekal beroperasi sehingga kedalaman 300 meter di dasar laut.
Koleksi terbaharu ini juga menampilkan ciri Bezel Locking System yang telah didaftarkan bertujuan untuk mengunci pergerakan bezel daripada bertukar ketika menjalankan misi menyelam di bawah permukaan air, selain bertindak sebagai pelindung kepada crown daripada hentakan luar yang mungkin timbul ketika misi berjalan.
Dengan pelancaran jam tangan koleksi Deep Dive terbaharu ini, Luminox sebagai penyokong kepada misi murni Scott Cassell menyelamatkan ekosistem lautan dalam berbesar hati mengumumkan sebahagian daripada jualan jam tangan siri ini akan didermakan kepada organisasi di bawah kelolaan beliau.
Jam tangan jenama Luminox boleh didapati di Parkson KLCC, Parkson Pavilion, Parkson Sunway Velocity, Isetan KLCC, Isetan 1Utama, SOGO serta mana-mana pengedar jam tangan utama di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Crystal Time (pengedar rasmi jenama Luminox) di alamat www.crystaltime.com.sg atau laman Facebook di www.facebook.com/LuminoxMalaysiaBrunei atau menghubungi talian +603 2938 3938.