Lunaz baik pulih kereta klasik dengan nadi elektrik - RM1.8 juta harga mula!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Cloud by Lunaz
Cloud by Lunaz
Kemajuan teknologi telah membuka cabang baharu di dalam dunia automotif iaitu tukar ganti nadi kuasa asal kepada elektrik.

Ini yang dibuat oleh Lunaz, sebuah syarikat di Silvestone, England dengan pengkhususan dalam membaik pulih kereta klasik dan membangunkan nadi kuasa elektrik.

Lunaz diasaskan oleh David Lorenz, peminat kereta klasik dan Jon Hilton yang merupakan bekas Pengarah Teknikal Renault F1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
XK120 by Lunaz
XK120 by Lunaz

 

Nadi kuasa elektrik yang digunakan direka, dibangunkan dan dihasilkan sendiri di kilang Lunaz di Taman Teknologi Silverstone yang turut berjiran dengan pasukan Formula E Virgin Racing.

Sejak ditubuhkan pada awal 2018, Lunaz telah melantik kakitangan yang berpengalaman dalam bidang kejuruteraan, reka bentuk dan pembuatan. 

Kakitangan Lunaz merupakan pakar daripada Aston Martin, Ferrari, Ford, Formula 1, Jaguar, Volkswagen, McLaren dan Rolls-Royce.

Satu keistimewaan nadi kuasa yang dibangunkan ialah ia boleh digunakan pada pelbagai model klasik. Lunaz tidak hanya bangunkan satu tetapi tiga buah model yang akan ditawarkan di pasaran.

 

2 Phantom by Lunaz
2 Phantom by Lunaz

 

Model tersebut ialah Rolls-Royce Phantom V 1961 lapan tempat dudukk, Jaguar XK120 1953 dan Rolls-Royce Cloud 1956.

Jaguar XK120 dipasangkan dengan pek bateri 80 kWH manakala Rolls-Royce Phantom V pula menggunakan unit kuasa 120 kWH.

Kerja penyesuaian yang dibuat bukan mudah, kereta terlibat dianalisa sehingga ke tahap milimeter bagi memastikan jurutera Lunaz dapat membangunkan pakej nadi kuasa sepadan dengan karakter kereta dan juga dinamika pemanduan.

 

Lunaz

 

Teknologi yang digunakan bukan setakat pasang dan terus siap, ia didatangkan dengan pakej pengecasan pantas, sistem brek regenaratif dan menariknya bakal dilengkapi teknologi kawalan cengkaman dan kawalan jelajah.

Kereta yang dihasikan Lunaz ini bakal menjadi pertama seumpamanya di dunia. Projek ini juga sudah memasuki fasa ujian akhir.

Jaguar XK120 sekarang ini sedang menjalani ujian dan apabila siap bakal mempertontonkan gabungan teknologi moden dan reka bentuk klasik. 

Satu perkara mengujakan apabila XK120 yang dilahirkan semula ini mempunyai kuasa luar biasa iaitu 375 bhp dan 700 Nm. Angka tersebut sudah menyamai kereta berprestasi moden.

 

XK120 by Lunaz

 

Dua buah lagi model iaitu Rolls-Royce Phantom dan Rolls-Royce Cloud sudah hampir siap dan bakal menyusuli XK120 untuk ujian di dalam pelbagai keadaan dan jenis jalan.

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan bermula November 2019 dan bagaimana dengan harga?

Kereta klasik dengan teknologi moden itu boleh dimiliki pada harga permulaan GBP £350,000 (RM1,802,273), tidak termasuk cukai.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pemilik Range Rover ini betul-betul memberi perhatian kepada bahagian dalam. Bukan setakat…
Berita Global
  Bateri mempunyai kapasiti 80 sehingga 120 kilowatt-jam (kWj) dan tenaga boleh ditambah…
Berita Global
  Model klasik Jaguar XK140 1954 ini menggunakan warna biru muda dan setiap pelanggan Lunaz boleh…