Lupa letak gear dalam posisi P, Nissan GT-R R35 jadi 'Godzilla air masin' di Filipina

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemilik supercar nampaknya terpaksa menjalani 'kelas pengajaran' yang agak mahal ketika menghadiri satu acara drag yang berlangsung di Kepulauan Cebu, Filipina.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Disebabkan kecuaiannya yang tidak memastikan gear berada di dalam posisi P dan brek tangan tidak ditarik, Nissan GT-R R35 miliknya meluncur ke dalam air masin sebelum tenggelam sepenuhnya.

Lebih memburukkan keadaan apabila kawasan parkir kereta di kawasan tersebut sebenarnya merupakan kawasan cerun menghala ke arah laut, dan tidak mempunyai sebarang penghadang langsung.

Mujur juga ramai pemerhati dalam acara tersebut datang menghulurkan bantuan bagi menarik kembali Nissan GT-R itu daripada terus menjadi Godzilla air masin.

Apapun, ia sebenarnya merupakan satu pengajaran buat kita untuk sentiasa memastikan brek parkir diaktifkan, dan kedudukan gear tidak berada dalam posisi neutral semasa parkir. Kedengaran macam perkara asas, bukan?

 

Sumber: FB Ace Cortez

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…
Berita Global
Bagaimanapun, Nissan Micra boleh dikatakan sebagai antara model ikonik Nissan, terutama sekali…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…