MAA - Jualan kenderaan di Malaysia terus meningkat, 48,922 unit terjual pada Julai

oleh SALINA JALIL|
Jualan kenderaan di Malaysia meningkat kepada 48,922 unit pada Julai lalu berbanding 7,499 unit pada bulan sama tahun lalu, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).


MAA berkata, jualan kenderaan penumpang melonjak ketara kepada 43,594 unit pada Julai 2022 daripada 5,343 unit pada Julai 2021, manakala jualan kenderaan komersial naik kepada 5,328 unit daripada 2,156 unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagi tujuh bulan pertama tahun ini, jualan turut tinggi kepada 380,595 unit berbanding 256,677 unit dengan kenderaan penumpang naik kepada 337,331 unit berbanding 229,148 unit tempoh sama 2021 dan kenderaan komersial sebanyak 43,264 unit berbanding 27,529 unit tempoh sama 2021.

 

"Jumlah jualan tujuh bulan pertama 2022 adalah 48 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lalu.

 

"Jumlah keseluruhan industri (TIV) bulan dikaji bagaimanapun adalah 23 peratus lebih rendah berbanding Jun 2022 iaitu pada 63,563 unit.

 

"TIV yang amat tinggi pada Jun 2022 adalah kerana bagi memenuhi tempahan oleh syarikat kereta yang menerima banyak sebelum 30 Jun 2022, yang adalah hari terakhir insentif pengecualian cukai jualan," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Dari segi jumlah pengeluaran, MAA berkata, sebanyak 52,061 kenderaan dikeluarkan pada Julai 2022 berbanding dengan 2,775 unit pada bulan yang sama tahun lalu.

 

Pengeluaran kenderaan penumpang, katanya, meningkat kepada 48,002 unit pada Julai 2022 berbanding 2,396 unit pada Julai tahun lalu manakala pengeluaran kenderaan komersial pada 4,059 unit daripada 379 unit sebelumnya.

 

Mengenai unjuran untuk Ogos 2022, MAA menjangkakan jumlah jualan akan kekal sama seperti paras Julai 2022.

 

MAA bulan lalu menyemak naik unjuran TIV kenderaan kepada 630,000 unit tahun ini, 30,000 unit lebih tinggi berbanding sasaran awal 600,000 unit yang ditetapkan awal tahun ini.

 

Semakan naik TIV tahun ini dilakukan bersandarkan kepada jangkaan pemulihan ekonomi Malaysia yang berterusan selepas merekodkan prestasi memberangsangkan pada suku pertama 2022.

 

Daripada jumlah unjuran baharu MAA tahun ini, kenderaan penumpang dijangka menyumbang 567,000 unit, manakala kenderaan komersial pula 63,000 unit.

 

Sasaran TIV 2022 iaitu 630,000 unit adalah lebih tinggi berbanding 508,911 unit yang didaftarkan pada 2021.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, pertumbuhan itu juga didorong oleh insentif bebas cukai, pelancaran baharu seperti…
Berita Domestik
Walaupun angka untuk November adalah 4 peratus lebih rendah bulan ke bulan, MAA berkata jualan…
Informasi
“Ia merupakan TIV bulanan kedua tertinggi serta TIV kali ketiga melebihi 70,000 unit untuk tahun…