Walaupun angka untuk November adalah 4 peratus lebih rendah bulan ke bulan, MAA berkata jualan tahun ini setakat November 2023 pada 718,748 unit menunjukkan peningkatan 12 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, iaitu 644,534 unit.
Katanya, ini menunjukkan potensi untuk melepasi TIV tertinggi sepanjang masa tahun lepas sebanyak 720,658 unit untuk tahun penuh 2023.
Selain itu, jumlah pengeluaran industri bagi November 2023 sebanyak 67,743 unit adalah jauh lebih rendah berbanding 74,191 unit pada Oktober 2023.
Angka ini menunjukkan penurunan ketara sebanyak 8.67 peratus jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya.
MAA meramalkan jualan pada Disember 2023 sepadan dengan jualan dari November 2023.
- kebiasaannya hujung tahun semestinya jualan kenderaan menurun sebab nak beli tahun depan melainkan ada pelepasan cukai SST sebelum tahun depan -