MAA - Jumlah jualan kereta susut 40 peratus

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan/foto Facebook Perodua
Jumlah volum industri (TIV) Januari 2025 susut 40 peratus kepada 48,875 unit berbanding 81,735 unit pada Disember 2024, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Secara tahun ke tahun, TIV menurun 27 peratus daripada 66,923 unit yang dicatatkan pada Januari 2024.

“Penurunan ini disebabkan tempoh bekerja yang lebih singkat (19 hari) akibat cuti Tahun Baharu Cina serta lonjakan pembelian pada Disember 2024,” menurut kenyataan MAA pada Khamis.

Pada Januari 2025, pengeluaran kenderaan merosot 26 peratus kepada 56,899 unit berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan 53,794 unit adalah kenderaan penumpang dan 3,105 unit kenderaan komersial.

Bagi Februari 2025, MAA menjangka TIV meningkat didorong pembelian menjelang Aidilfitri serta langkah akhir syarikat menjelang penutupan tahun kewangan pada 31 Mac.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut MAA, jumlah pengeluaran bulanan mencecah paras tertinggi dalam tempoh 30 bulan,…
Berita Domestik
Katanya, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan subsidi diesel kepada pemilik kenderaan…
Berita Domestik
Dianjurkan oleh Malaysian Automotive Association (MAA) dan diuruskan oleh Qube Integrated Malaysia…