Maaf LG Chem, Hyundai pilih SK Innovation, CATL sebagai pembekal bateri Ioniq 5

oleh Mohamad Hanif|
Insiden kebakaran melibatkan kenderaan elektrik (EV) Hyundai yang berlaku baru-baru ini menyebabkan pengeluar dari Korea Selatan itu terpaksa memanggil kembali 82,000 unit Kona EV untuk diperiksa dan pek bateri digantikan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini bukanlah satu petanda yang baik, memandangkan Hyundai sendiri mahu menobatkan diri sebagai peneraju di dalam perlumbaan EV.

Disebabkan itu, laporan terbaharu daripada media Korea The Elec menyebut Hyundai kini memilih SK Innovation dan CATL sebagai pembekal pek bateri baharu bagi model-model yang dibangunkan atas platform E-GMP, termasuklah model Ioniq 5, dan bukannya bateri daripada pengeluar LG Chem.


Hyundai Ioniq 5 yang dilancarkan baru-baru ini merupakan sebuah crossover EV pertama yang menggunakan subjenama Ioniq, dan ia menawarkan dua pilihan pek bateri - 58 kWh dan 72.6 kWh - serta jarak operasi yang mampu mencecah 480 km untuk sekali cas.

Varian motor elektrik tunggal memiliki kuasa 214 hp dan 350 Nm, sementara model pacuan semua roda dengan motor elektrik berkembar pula menghasilkan kuasa setinggi 302 hp dan 605 Nm.

Baca: Hyundai Ioniq 5 2022

Sumber: The Elec

Berita Berkenaan

Berita Global
BYD melihat peningkatan prestasi sebanyak 300 peratus berbanding dari sela masa yang sama tahun…
Berita Global
Ini kerana GM sendiri tidak yakin dengan keupayaan LG Chem untuk menghasilkan modul bateri yang…
Berita Global
Langkah tersebut diambil disebabkan syarikat konglomerat itu mahu mengurangkan kadar kebergantungan…