Maersk guna lori suapandu untuk hantar muatan sejauh 720 km 

oleh HEZERI SAMSURI|
Gergasi logistik Maersk dan Kodiak Robotics sudah mula menghantar muatan menggunakan lori suapandu (autonomous) antara bandar Houston, Texas ke Oklahoma City sejauh 720 km.


Menurut laman web trucknews.com, lori kontena suapandu itu mula digunakan sejak bulan Ogos lalu dan ia membuat penghantaran sebanyak lapan kali seminggu.

Menurut Maersk, kerjasama dengan Kodiak Robotics membolehkan syarikat itu berada di hadapan dari segi inovasi industri logistik.

Laluan suapandu disediakan untuk perjalanan tersebut dan walaupun ia sebuah kenderaan  suapandu, seorang pemandu masih diperlukan untuk tujuan keselamatan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tindakan ini ialah susulan kepada kejadian di mana sebuah sedan Xiomi SU7 merempuh tiang simen pada…
Berita Global
Laporan terkini GlobalData bertajuk "Cybersecurity in Automotive - Thematic Research" menekankan…
Berita Domestik
Apa itu NxGV? NxGV adalah singkatan dari Next Generation Vehicle atau Kenderaan Generasi Baharu…