Mahindra, Hero dan Bajaj - siapa bakal jadi rakan teknikal Harley Davidson?

oleh HEZERI SAMSURI|
Harley-Davidson nampaknya masih tidak mahu melepaskan pasaran India walaupun jualan mereka di sana tidak begitu membanggakan dan produk model Street yang direka khusus untuk pasaran itu tidak menjadi.

Tidak seperti operasi mereka di Thailand di mana hanya pemasangan sahaja dilakukan, Harley berminat untuk mencari rakan teknikal di India bagi menghasilkan produk baharu bagi genre "entry level".

Laporan media dari India mendakwa jenama Amerika Syarikat itu sedang berbincang dengan gergasi-gergasi automotif di sana, termasuk Mahindra, Hero dan Bajaj.

Harley bagaimanapun masih meneruskan pelan untuk menghasilkan model baharu 338R di China (gamabr di bawah), khusus untuk pasaran negara tersebut.

Buat masa sekarang, nasib kilang Harley di India masih belum ditentukan.

Apa cadangan anda untuk Harley agar ia kekal relevan?

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Didi Resources juga akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar…
Pelancaran Motosikal
CVO ialah umpama varian premium untuk jenama Harley-Davidson di mana ia menampilkan aksesori dan…
Berita Domestik
Menurut salah seorang dari ahli komiti GSOM, Nasir Bali, program-program ini mendapat sambutan yang…