Mahindra kini pemilik penuh Peugeot Motorcyles

oleh Mohamad Hanif|
Selepas berjaya mendapatkan SsangYong Motor pada tahun 2011 dan Pininfarina pada tahun 2015, Mahindra meluaskan lagi pengaruhnya di dalam industri automotif dengan beralih kepada dunia dua roda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi syarikat subsidiari Mahindra Two Wheelers Europe, Mahindra kini menguasai keseluruhan pegangan di dalam Peugeot Motorcycles (PMTC) daripada Groupe PSA. 

Sebelum ini, Mahindra sudah pun memiliki kira-kira 51 peratus pegangan di dalam Peugeot Motorcyles pada Januari 2015. 

Dengan penguasaan ini, Mahindra kini memiliki visi untuk menguatkan lagi pengaruh di pasaran Eropah, serta meluaskannya ke rantau baharu seperti Asia. 

Mahindra juga turut merancang untuk memperkenalkan tujuh produk baharu menjelang tahun 2021 bagi memastikan jenama Peugeot Motorcyles tidak tenggelam begitu sahaja. 

Walaupun Peugeot Motorcycles kini di bawah milik Mahindra, Peugeot akan terus memberikan sokongan dari segi rekaan dan pembangunan produk-produk baharu PMTC pada masa akan datang. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, jenama motosikal itu sudah boleh didapati di negara jiran Filipina di mana hak pengedarannya…
Berita Global
Paten yang dimaksudkan itu merujuk kepada sistem kawalan yang membenarkan skuter tiga roda Piaggio…
Berita Global
Baca: #2Kerja Syarikat Automotif Sedunia Namun, Peugeot sebenarnya hadir lebih awal menerusi…