Mahkamah putuskan tindakan MBSA tunda kenderaan mempunyai kompaun tertunggak tidak sah

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sekadar hiasan. sumber gambar: Youtube

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menunda kenderaan yang mempunyai kompaun tertunggak adalah tidak sah dan ultra vires

Hakim, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera memutuskan sedemikian dan membenarkan perintah-perintah deklarasi, certiorari, dan ganti rugi serta kos kepada bekas peguam, Nurliza Shafien.

Peguam, Datuk Kamaruzaman Muhammad Arif memberitahu Sinar Harian, mahkamah turut memerintahkan pembayaran kompaun yang telah dibuat tanpa rela oleh anak guamnya, Nurliza selaku pemohon, dipulangkan kembali.

"Ini kerana tindakan MBSA menerima pembayaran tersebut adalah salah, unjust enrichment dan bertentangan dengan kuasa-kuasa statutori responden," katanya.

Menurutnya, keputusan tersebut memberi kesan bahawa sebarang tindakan tundaan MBSA yang dibuat atas alasan terdapat tunggakan kompaun adalah ultra vires dan melanggar kuasa statutori MBSA.

"Keputusan hari ini adalah berita baik kepada orang awam dan merupakan semak dan imbang terhadap tindakan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT) agar tidak melangkaui bidang kuasanya.

 

Sekadar hiasan. sumber gambar: Kosmo


"Keputusan ini juga memberi kesan kepada orang ramai yang terpaksa membayar kesemua tunggakan kompaun MBSA tanpa dibicarakan bagi mengelakkan kenderaan mereka ditunda sewenangnya," katanya.

Selain Kamaruzaman, Nurliza turut diwakili peguam, Sofiah Omar.

Pada 5 Julai 2016, Nurliza memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan MBSA yang dinamakan sebagai responden setelah PBT itu menyampaikan notis tunda terhadapnya.

Notis itu yang diletakkan di cermin keretanya memaklumkan bahawa pemohon mempunyai 50 kompaun tertunggak dan dikehendaki menjelaskannya dalam tempoh 48 jam.

Sekiranya gagal membayar denda tersebut, kenderaan itu akan ditunda.

Berita selanjutnya di Sinar Harian.

Berita Berkenaan

Informasi
  Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, inisiatif tersebut…
Informasi
  Menurut Rashidi tawaran ini diberikan demi menghargai penduduk yang mungkin berdepan kekangan…
Informasi
  "Kempen yang dilaksanakan ini adalah inisiatif MBSA untuk membantu dan menggalakkan Orang Kena…