Mahu buktikan beliau belum mati - Presiden Turkmenistan ber'donut' di Pintu Neraka

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin para pembaca ingat penulis sengaja memilih tajuk yang click bait, namun pada hakikatnya, itulah berita yang dilaporkan oleh media massa di seluruh dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini kerana timbul berita palsu yang mendakwa bahawa Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdymukhamedov yang berusia 62 tahun itu dilaporkan mati akibat kegagalan buah pinggang berfungsi. 

Spekulasi ini timbul kerana sebelum ini Berdymukhamedov turut pernah dikhabarkan merana akibat beberapa masalah kesihatan yang kronik. 

Namun, beliau bukan Presiden yang biasa-biasa macam bekas PM kita yang satu itu. 
 

 


Satu siaran berita dari stesen televisyen Turkmenistan telah menerbitkan sebuah rakaman yang menunjukkan Presiden tersebut memandu di kawasan digelar sebagai Pintu Neraka (Gateway to Hell) atau Darvaza Crater. 

Darvaza Crater merupakan salah sebuah rezab gas asli terbesar di dunia, dengan keluasan 5,350 meter persegi. 

Difahamkan, ia mula diteroka pada tahun 1971 oleh jurutera Soviet bagi mencari sumber minyak bawah tanah. 

Namun, setelah sumber gas asli dikesan, operasi mencari dan menggali gagal kerana struktur tanah menenggelamkan mesin penggali yang digunakan.
 

sumber: Smithsonian Magazine

Bimbangkan kehadiran gas beracun tersebar ke bandar berhampiran, pakar geologi menasihatkan agar kawasan tersebut dibakar supaya sisa-sisa gas tersebut habis dalam tempoh beberapa minggu.

Namun sehingga ke hari ini api tersebut masih tidak padam-padam sehinggakan penduduk tempatan menggelarkannya Pintu Neraka (Gateway to Hell). 

Darvaza Crater kini menjadi satu daya tarikan pelancong yang berkunjung ke Turkmenistan untuk melihat api yang tidak pernah padam (selain matahari) selama lebih 40 tahun.