Mahu lari dari polis, pemandu Maserati Levante ini tersepit bawah jambatan

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemandu Maserati Levante nampaknya bernasib baik apabila insiden kemalangan ini tidak meragut nyawanya walaupun ia disifatkan sebagai gila oleh mana-mana pihak yang memerhatikan kemalangan ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira lima hari yang lalu, pemandu Maserati Levante berusia 32 tahun itu didapati enggan berhenti setelah diminta oleh pihak berkuasa California Highway Patrol di sebuah lebuh raya di Los Angeles.

Pemandu Maserati itu kemudian memecut sepantas 160 km/j dan sejurus selepas keluar di West Street, entah macam mana pemanduan Maserati Levante itu tersasar ke arah tebing sebelum tersepit di bawah jambatan.

Melihatkan kepada keadaan SUV yang tersepit itu, pegawai David Arias berkata, "Ini merupakan satu perkara yang amat menakjubkan apabila pemandu itu tidak mati."

Pihak berkuasa California Highway Patrol mendedahkan pemandu itu kemudian dibawa ke hospital berdekatan dan akan disabitkan kesalahan kerana pemanduan yang melulu.

Merujuk kepada hantaran yang dibuat menerusi Instagram, berkemungkinan besar Maserati Levante itu merupakan unit yang dicuri.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by CHP Oakland (@oaklandchp)

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…