Mahu merompak, trak pikap pula dilarikan!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki yang sebelum ini melaporkan kes kecurian kenderaan di Washington telah ditahan setelah pihak berkuasa mendapati lelaki itu merompak sebuah kedai ketika kes kecurian berlaku.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

William Kelley, 42 tahun menghubungi pihak polis pada jam 6 pagi 25 Ogos yang lalu untuk melaporkan kehilangan trak pikap Chevy-nya tahun 1992 berwarna merah, dengan kunci terbiar di atas tempat duduk. 

Siasatan lanjut menerusi kamera CCTV mendapati trak pikap tersebut telah dicuri oleh seorang lelaki yang menunggang basikal, sebelum bertindak melarikan diri bersama basikalnya. 

Seorang lelaki dikesan dari rakaman CCTV mengejar trak tersebut, namun tidak dapat dipastikan sama ada kelibat lelaki itu adalah Kelley, pemilik trak pikap itu sendiri. 

Namun, menurut pihak polis, menerusi video rakaman itu juga mereka telah menemukan bukti bahawa Kelley sebenarnya sedang merompak sebuah kedai di seberang jalan!

Kelley ditahan sementara di pusat tahanan Benton County atas kesalahan merompak, dan sehingga kini trak pikapnya masih belum dikesan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan semua suspek berusia 20 hingga 35 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat…
Berita Domestik
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (BUMIPEDA), Datuk Abu Samah Bachik, ketika…