Main kejar-kejar di Felda Waha, polis buru pemandu Toyota Wish putih

oleh Mohamad Hanif|
Pihak polis kini sedang mengesan pemandu Toyota Wish yang enggan memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan setelah didapati memandu dalam keadaan mencurigakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejadian tersebut berlaku pada hari Khamis lepas di Jalan Lok Heng-Mawai, Kota Tinggi berdasarkan video yang tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata, pemandu Toyota Wish yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun itu gagal mematuhi arahan untuk menghentikan keretanya, sebelum memecut laju ke kawasan kebun kelapa sawit di Felda Waha.

"Bagaimanapun, pemilik berdaftar kenderaan tersebut telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi bagi membantu siasatan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)


"Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit merupakan adik kepada pemilik berdaftar kenderaan tersebut dan usaha mengesannya masih dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi bilik gerakan IPD Kota Tinggi di talian 07-8837222 bagi membantu siasatan kes.

Di aplikasi TikTok, tular video yang memaparkan Toyota Wish berwarna putih dan bernombor pendaftaran JEX31 dikejar sebuah kereta peronda polis, yang dirakamkan pelbagai sudut oleh penduduk Felda Waha.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, sebelum kejadian, sepasukan anggota Unit Peronda Polis terserempak sebuah lori…
Berita Domestik
Malah, pemeriksaan turut menemukan sebilah pisau, gunting, set sarung tangan, topi keledar, kad…
Berita Global
Di Boone, North Carolina, sepasukan polis Watauga terpaksa mengejar seorang suspek yang memandu…