Majlis pelancaran pecah tanah projek pembinaan KB Sentral bakal berlangsung bulan depan

oleh SALINA JALIL|
gambar tular
Projek pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) di Tunjong, di sini, yang tergendala sebelum ini akan diteruskan dengan majlis pecah tanah bakal dilakukan, bulan depan.


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, projek terbabit mengalami kelewatan berikutan tiada kesanggupan di pihak kontraktor.


"Alhamdulillah, kerajaan negeri kini mencapai persetujuan dengan sebuah syarikat dan majlis pelancaran pecah tanah bakal berlangsung bulan depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kita sekarang dalam proses mengadakan perbincangan mengenai perkara teknikal sebelum majlis pecah tanah berlangsung," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di Kota Bharu semalam.

Mengulas mengenai kelewatan projek itu, Mohd Amar berkata, lokasi yang ditetapkan iaitu di Tunjong sebelum ini dilihat tidak memberi kelebihan kepada syarikat yang mahu melabur dan membangunkan projek berkenaan.

 

Katanya, tiada fasiliti lain yang akan menyokong kepada kewujudan terminal bas berkenaan ketika itu menyebabkan tiada kontraktor yang tampil.

 

"Bagaimanapun, selepas kerajaan bersetuju membina projek Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di lokasi berkenaan, ada pemaju yang sanggup membangunkan projek berkenaan.

 

"Lokasi KB Sentral itu akan dibuat berhampiran dengan terminal ECRL sekali gus membolehkan pengguna mengakses kepada kedua-dua kemudahan pengangkutan itu.

 

"Stesen bas yang ada ini cuma sementara, kita tumpang tanah orang dan tidak boleh dinaik taraf sebagai bangunan kekal," katanya.

 

Terdahulu, isu stesen bas sementara itu tular di media sosial yang membandingkan dengan kemudahan sama di negeri-negeri lain.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
  Menterinya, Anthony Loke, berkata bagaimanapun, usaha itu akan dilaksanakan secara berperingkat…