Majoriti pemandu tidak ingat apa yang dipelajari di sekolah memandu - kajian Volvo

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Masih ingatkah anda kepada silibus sekolah memandu yang anda ikuti saat ingin mengambil lesen memandu beberapa tahun yang lalu? 

Jika jawapan anda "tidak banyak", anda sebenarnya tidaklah keseorangan di dalam hal ini. 

Ini kerana menurut satu kajian The Harris Poll yang ditaja oleh Volvo, kebanyakan responden (rakyat Amerika) sebenarnya sudah pun banyak melupakan apa yang dipelajari ketika di sekolah memandu. 

 


Daripada 2,000 orang responden dewasa, kira-kira 52% menganggap pendidikan sekolah memandu yang dipelajari sudah pun ketinggalan zaman dan 60% pula menganggap ujian yang dijalankan sekadar untuk lulus sahaja. 

Namun, perkara yang lebih menyedihkan ialah 28 peratus daripada responden menyatakan mereka menghabiskan masa kurang daripada 20 jam sebelum mengambil ujian memandu, berbanding 40 jam masa yang diwajibkan oleh undang-undang negeri. 

 


Adalah tidak menghairankan jika kebanyakan orang tidak pernah belajar berkenaan pemanduan yang lebih selamat ketika di sekolah memandu, sebaliknya ia diajar oleh ibu bapa atau penjaga, dan sedikit yang diperoleh daripada tenaga pengajar itu sendiri.

Kini anda tahu daripada mana mereka 'belajar' pemanduan berbahaya bukan? 


 


Dalam satu kajian yang berkaitan, lebih daripada 66 peratus menyalahkan remaja akibat pemanduan berbahaya, manakala 58% Gen Z (yang lahir pertengahan 1990-an sehingga 2000-an) menyalahkan warga emas. 

55 peratus daripada responden Gen Z juga menyatakan mereka hanya ingat separuh atau kurang daripada apa yang dipelajari ketika di sekolah memandu. Menyedihkan bukan? 
 


Berdasarkan perubahan peraturan Kurikulum Pendidikan Pemandu yang diperoleh daripada laman web JPJ, bilangan jam yang diperuntukkan telah dinaikkan kepada 22 jam menerusi implementasi Modul DEC01 / DEC02 dan DEC03. 

Namun, beberapa kes kemalangan dan kecuaian (termasuklah memandu melawan arus) yang makin menjadi-jadi saban hari, adakah ia berpunca daripada kelemahan sistem pembelajaran yang kita ada pada ketika ini? 

Atau ia sebenarnya memang berpunca daripada sikap mementingkan diri sendiri yang ada pada diri kita? 

Sumber: CarScoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, terdapat sesetengah sekolah memandu di sana mula mengharamkan jenama Tesla daripada…
Berita Domestik
"Kementerian mengambil sedikit pertimbangan untuk memberi kelonggaran tersebut. "Kalau kita 'rigid…
Berita Domestik
  Katanya, suspek yang juga merupakan pembantu tadbir kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT…