Makan@Mesra tawar variasi produk tempatan, bawah RM12!

oleh Mohamad Hanif|
PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) baru-baru ini melancarkan Makan@Mesra bertempat di Stesen Minyak PETRONAS Taman Setiawangsa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Makan@Mesra merupakan satu sudut khas berkonsepkan 'grab-and-go', menawarkan sajian makanan yang segar, seimbang dan mudah dengan harga jualan di bawah RM12.

Selain daripada itu, Kedai Mesra kini menawarkan kemudahan seperti pendingin hawa, mesin kopi dan ketuhar gelombang mikro bagi memudahkan urusan pelanggan menikmati juadah mereka.

Konsep Makan@Mesra ini boleh didapati di tujuh stesen minyak PETRONAS seperti:

  • PETRONAS Jalan Kolam Ayer
  • PETRONAS MRR2 Jalan Ampang
  • PETRONAS Cyberjaya 1
  • PETRONAS Mutiara Damansara
  • PETRONAS Kota Kemuning
  • PETRONAS Kota Damansara
  • PETRONAS Taman Setiawangsa

Para pengunjung stesen minyak PETRONAS yang disebutkan tadi boleh  menikmati menu baharu seperti sandwich club dan daging, salad dengan salmon salai dan snow white fish, ayam panggang, ayam kung pao dengan nasi, English trifle, puding roti, oat, buah-buahan dan pelbagai lagi.

Kesemua sumber ini diperoleh daripada pembekal tempatan, sejajar dengan komitmen PDB dalam mempromosikan barangan tempatan menerusi kempen Love Local.