Kejadian berlaku pada 6.45 petang Rabu, ketika lelaki berusia 25 tahun itu ditahan anggota trafik selepas melanggar lampu isyarat merah di Lebuhraya Thean Teik, berhadapan sebuah pasar raya.
Semasa anggota polis mahu mengeluarkan saman terhadap suspek, lelaki itu tiba-tiba berang dan memaki hamun serta mengeluarkan perkataan kesat.
Susulan itu, anggota membuat laporan pada hari sama dan suspek ditangkap di Taman Terubong Jaya pada 10.30 malam (Rabu),” kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake
Beliau berkata suspek direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
- Berikan hukuman berat supaya mendatangkan keinsafan pada yang lain -
Artikel sepenuhnya di MG