Malaysia 4x4 Mega Jamboree 2019 bakal menghimpunkan lebih 1000 buah 4x4 dari Malaysia dan Thailand.

oleh Arahman Crew|
Bersempena dengan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan cuti persekolahan, pihak Forward Kedah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar akan menganjurkan satu himpunan kenderaan 4x4 dari seluruh Malaysia dan Thailand di Taman Jubli Emas, Suka Menanti Alor Setar Kedah pada 20 hingga 22 Disember 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan tema 'Penyatuan dalam kepelbagaian', program ini bakal menyaksikan lebih 1000 kenderaan 4x4 dari pelbagai model, jenis dan kategori bergabung untuk tujuan kebajikan dan semangat permotoran 4x4.

Program ini yang dianjurkan dengan kerjasama Kelab Kembara Lasak 4x4 dan ditaja oleh Monster Rims Malaysia akan berlangsung selama 3 hari ini akan berkisar kepada tiga teras utama iaitu; kebajikan, pertandingan dan riadah. Tiga teras ini akan diisi dengan lima acara sampingan antaranya charity drive, travel hunt, autoshow, urban trial challenge, autokhana dan pelbagai aktiviti riadah lain yang menarik. 

Program kali ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai kenderaan 'rare' dari Negara jiran termasuk monster dan 4x4 Klasik.

Program ini turut mendapat sokongan daripada beberapa nama besar dalam industri automotif Malaysia antaranya; Toyo, Silverstone, Pertamina, Kinto, Radar, Monsta, Rymax, Ultra Racing dan Auto Galeri yang akan mengambil bahagian dan turut membuka booth jualan serta perkhidmatan. Beberapa jenama produk dan perhidmatan after market seperti pemasangan audio, pemasangan rim, dan aksesori kereta yang lain turut berada sepanjang karnival ini berlangsung.

Menurut Dato Hj Mohd Zohdi, Dato Bandar Alor Setar, pihak Majlis Bandaraya sangat mengalu-alukan program seumpama ini kerana ianya dapat memberikan suntikan kepada ekonomi tempatann terutamanya pengiat industri pelancongan di Alor Setar. Menurut beliau lagi, program ini bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020 yang bakal disambut dengan meriah dalam masa tidak lama lagi.

Pengerusi FORWARD KEDAH, En. Khairil Hanafi berkata, selaku NGO yang memperjuangkan industri pelancongan di tanah besar Kedah, program ini bukan sahaja dapat mengumpulkan peminat-peminat kenderaan 4x4 dari seluruh negara tetapi ianya jua bakal memberikan impak ekonomi kepada pengusaha industri pelancongan di bandaraya Alor Setar termasuklah pengusaha hotel dan homestay.

 

Penyertaan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan dan keseluruhan Karnival ini boleh didapati daripada laman media sosial rasmi Malaysia 4x4 Mega Jamboree 2019 atau boleh menghubungi talian 019-4951285.