"Tambahan terbaharu ini memaparkan komitmen berterusan kami untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi serta merealisasikan perjalanan lebih lancar dan selesa untuk penumpang," menurut Malaysia Airlines dalam hantaran di akaun rasmi platform X.
Pesawat berkenaan telah dikendalikan oleh juruterbang iaitu Kapten Reza Abdul Rahim, Kapten Megat Mohd Yasser Mohd Yusoff, Kapten Mohamad Shazreen Sazali, Pegawai Pertama Meor Muhamad Arif Meor Mohd Mahazir dan Aidid Azizul Hashim dengan dedikasi mereka telah membolehkan kelancaran penerbangan itu di ruang udara Malaysia.
Di sebalik setiap ketibaan adalah usaha tidak kenal penat lelah para jurutera serta pasukan projek pesawat kami...terima kasih kerana telah merealisasikan detik bermakna ini.
"Setiap pesawat baharu ini hanya mendekatkan kami kepada usaha takrifan semula pengalaman perjalanan melalui inovasi bermakna serta kemesraan Hospitaliti Malaysia dan menjadikan perjalanan anda sesuatu yang amat bermakna. Kami menunggu untuk menyambut ketibaan anda," menurut Malaysia Airlines.
