Malaysia Autoshow 2017 bakal perkukuh industri kenderaan EEV

oleh Careta.my|
IMG_8655-L-R-Malaysia-Autoshow-2017-Co-organising-Chairman-Yamin-Vong-MAI-CEO-Dato-Madani-Sahari-and-Naza-Corp-Automotive-Group-COO-Datuk-Samson-Anand-George-launching-the-Malaysia-Autosh.jpeg
IMG_8655-L-R-Malaysia-Autoshow-2017-Co-organising-Chairman-Yamin-Vong-MAI-CEO-Dato-Madani-Sahari-and-Naza-Corp-Automotive-Group-COO-Datuk-Samson-Anand-George-launching-the-Malaysia-Autosh.jpeg
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pameran auto terbesar Negara, Malaysia Autoshow 2017, bakal diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang, Selangor (MAEPS) pada 9 hingga 12 November 2017 nanti. Bertemakan “Kenderaan cekap tenaga kepada masa hadapan”, Malaysia Autoshow bakal mengumpul lebih 150 jenama kenderaan, alat ganti dan aksesori bakal terlibat semasa pameran November ini. “Tahun ini acara diadakan di kawasan yang lebih luas untuk mengumpulkan banyak jenama industri automotif di bawah satu bumbung dengan pelbagai aktiviti ditawarkan.Kami akan menggunakan sepenuhnya dewan konvensyen untuk pelancaran dan pameran kereta baharu, juga kawasan luaran bagi sesi pandu uji kepada pengunjung” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive Institute (MAI), Datuk Madanai Sahari. [caption id="attachment_28526" align="aligncenter" width="468"]Datuk Madani Sahari Datuk Madani Sahari[/caption] Selain itu, antara program dan aktiviti lain yang akan diadakan adalah Anugerah Kereta Tahunan (COTY 2017), persidangan dan forum, trek ujian laluan lasak (off road), trak makanan, cabutan bertuah dan sebagainya. Program kesedaran keselamatan dan alam sekitar termasuk  Asean NCAP, MAI Safe Car dan MAI Car Care Week akan dijalankan sepanjang empat hari acara itu berlangsung. Institut pengajian tinggi dan pelajar kolej juga akan dijemput untuk mengambil bahagian di dalam acara ini sebagai sebahagian daripada strategi peningkatan kerjaya MAI.

mai pic