Malaysia Autoshow 2023 - CFMoto XO Papio tiba di Malaysia, mini bike gaya cafe racer, RM8,888

oleh Danial Yasin Suhaimi|
CFMoto Malaysia telah melancarkan satu model baharu dalam kategori mini bike, iaitu XO Papio yang didatangkan dengan gaya cafe racer.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api, dimana ia mampu menghasilkan 9.4 HP dan 8.3 Nm.

 

2

 

Walaupun hanya kategori mini bike, model XO Papio itu didatangkan dengan rekaan yang unik dengan gaya cafe racer, lengkap dengan fairing pada bahagian depan.

Hadir sebagai mini bike, XO Papio didatangkan dengan beberapa ciri standard yang dapat memberikan tunggangan menarik, seperti lampu LED dihadapan, serta dilengkapi sistem brek ABS dwi saluran.

 

3

 

Pada bahagian suspensi, walaupun hanya sekadar mini bike ia turut menerima fork USD di bahagian depan dan monoshock di belakang, cukup untuk memberikan kendalian dan kestabilan terbaik.

Ia juga menggunakan bar hendal dengan susun atur yang dioptimumkan dan dilengkapi dengan pencahayaan lampu latar, meningkatkan kemudahan penggunaan.

 

5

 

Melengkapkan lagi rupa menariknya, ia didatangkan dengan tempat duduk jenis terpisah bagi memberikan tunggangan yang selesa dengan saiz tersebut.

Untuk pasaran Malaysia, XO Papio ditawarkan dengan tiga warna iaitu iaitu Nebula White, Fiery Red dan Moss Green.

 

5

 

Harga ditawarkan bermula dari RM8,888 tidak termasuk insuran dan cukai jalan, bersama jaminan 2 tahun atau 20,000 km, dimana ia kini boleh didapati di semua pengedar sah CFMoto seluruh Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
WMoto Gemma 125 dikuasakan oleh enjin 117.3 cc, enjin tersebut menggunakan roller rocker 13…
Berita Domestik
Mforce kini dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama…
Pelancaran Motosikal
Dengan ketibaan V-Strom 1050DE, ia bakal menggantikan model sedia ada yang ditawarkan untuk pasaran…