Malaysia Autoshow 2023 - Industri automotif tempatan bakal dimeriahkan pada 4 hingga 7 Mei ini

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bakal menganjurkan pameran automotif terbesarnya, Malaysia Autoshow 2023 pada 4 hingga 7 Mei ini.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Bertemakan "Mobility Redefined", pameran itu bakal menampilkan pelbagai kenderaan terbaharu dalam pasaran, yang membawakan kemajuan teknologi, keselamatan dan keselesaan untuk pasaran tempatan.

Menurut laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz berkata bahawa 90 nama bakal menampilkan lebih 100 jenama yang bakal memenuhi ruangan di lima dewan pameran utama Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Selain pameran utama Malaysia Autoshow 2023, ia turut akan menampilkan pameran tambahan baharu iaitu Malaysia Bike Show, Malaysia EV Show dan Charged.

 

2

 

Pameran edisi keenam itu akan menumpukan kepada model kenderaan elektrik (EV) dari pelbagai kelas, serta perbincangan dan teknologi berkaitan dengan ekosistem EV di Malaysia.

Menurut Azrul juga, pameran automotif itu selaras dengan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020) sebagai sebahagian usaha dan komitmen mereka untuk mempamerkan kenderaan masa akan datang bersama teknologi terkini.

Tahun ini juga, pengunjung berpeluang untuk memenangi sebuah Perodua Alza melalui peraduan yang diadakan pada pameran tersebut, dimana Perodua merupakan penaja utama bagi Malaysia Autoshow 2023 .

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Malaysia Autoshow 2023, anda boleh layari laman sesawang Malaysia Autoshow atau lawati laman Facebook dan Instagram rasmi mereka.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Majlis tandatangan itu telah berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (…
Berita Domestik
Edisi 2023 itu akan dibuka kepada orang ramai bermula 4 hingga 7 Mei 2023, yang akan diadakan…
Berita Domestik
Beliau mensasarkan menjelang tahun 2030, lebih kurang 100,000 unit kenderaan baharu yang dijual…