Malaysia Autoshow 2023 - Suzuki V-Strom 1050DE rasmi di Malaysia, RM88,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat di Hall C MAEPS pada pameran Malaysia Autoshow 2023, Suzuki Malaysia telah melancarkan satu lagi model kembara berkuasa tinggi dalam siri V-Strom, iaitu Suzuki V-Strom 1050DE.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dengan ketibaan V-Strom 1050DE, ia bakal menggantikan model sedia ada yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia sebelum ini iaitu V-Strom 1050XT.

 

2

 

V-Strom 1050DE didatangkan dengan reka bentuk yang diinspirasikan dari DNA perlumbaan DR-Z Paris-Dakar, memberikan rupa agresif sama ada di jalan biasa atau off-road.

V-Strom 1050DE dikuasakan oleh enjin 90 darjah V-Twin DOHC 2 silinder, dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan, direka untuk menghasilkan torque linear yang kuat sambil mengekalkan putaran enjin pada julat RPM rendah.

 

3

 

Bagi memberikan tunggangan dengan kendalian yang stabil, V-Strom 1050DE itu menggunakan kerangka jenis aloi aluminium twin-spar yang ringan dan kuat.

V-Strom 1050DE baharu itu juga kini memiliki jarak roda lebih panjang berbanding model sebelum ini, yang turut menampilkan lebih banyak kelegaan tanah dan cengkaman hendal bar lebih luas.

 

4

 

Pada bahagian suspensi, ia dilengkapi dengan fork KYB 43 mm jenis USD yang didatangkan dengan fungsi pelarasan untuk pra muat spring serta pelarasan mampatan dan lantunan.

V-Strom 1050DE juga dilengkapi dengan rim 21 inci jenis tiub di depan dan rim 17 inci jenis tanpa tiub di belakang yang dibaluti tayar Dunlop Trailmax Mixtour.

 

5

 

Pada bahagian depan, ia dibaluti tayar bersaiz 90/90-21 tube type, manakala pada bahagian belakang ia dibaluti tayar bersaiz 150/70R-17 tubeless.

Dari segi brek, ia dilengkapi dengan angkup brek monobloc Tokico 4 piston bersama cakera brek 310 mm berkembar di depan, yang dilengkapi sistem ABS dan Combination Brake System.

 

6

 

Menariknya khusus untuk pasaran Malaysia, V-Strom 1050DE ditawarkan dengan tempat duduk 850 mm, 30 mm lebih rendah berbanding ketinggian standard, memberikan tunggangan yang lebih sesuai untuk orang Asia.

Ia juga dilengkapi dengan tangki minyak berkapasiti 20 liter yang direka untuk meningkatkan keselesaa dan keselamatan semasa menunggang.

 

7

 

Bagi meningkatkan lagi tunggangan yang menarik, V-Strom 1050DE menggunakan meter TFT LCD 5 bersaiz 5 inci yang memaparkan segala maklumat dan fungsi penting semasa menunggang.

Selain reka bentuk dan teknologi pada enjin, V-Strom 1050DE turut didatangkan dengan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S) merangkumi pelbagai jenis bantuan elektronik bagi memberikan tunggangan yang lebih mengujakan.

Antara ciri sistem S.I.R.S ialah:

  • Suzuki Drive Mode Selector (SDMS)
  • Suzuki Traction Control System (STCS)
  • Cruise Control System
  • Bi-directional Quick Shift System
  • Low RPM Assist
  • Motion Track Brake System
  • Rear-Wheel ABS Off-mode
  • Combined Brake System
  • Hill Hold Control System
  • Load Dependent Control System
  • Slope Dependent Control System

 

8

 

Untuk pasaran Malaysia, Suzuki V-Strom 1050DE ditawarkan dengan dua corak warna iaitu Champion Yellow / Metallic Sword Silver dan Glass Sparkle Black / Metallic Mat Black.

Ditawarkan pada RM88,800, Suzuki Malaysia turut menawarkan waranti 2 tahun atau 20,000 km, dan akan mula dijual bermula 15 Mei di seluruh bilik pameran Suzuki Big Bike World seluruh negara.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
WMoto Gemma 125 dikuasakan oleh enjin 117.3 cc, enjin tersebut menggunakan roller rocker 13…
Pelancaran Motosikal
XO Papio dikuasakan oleh enjin satu silinder 126 cc sejukan udara dengan sistem suntikan bahan api…
Berita Domestik
Mforce kini dilantik sebagai pengedar eksklusif bagi memasarkan motosikal elektrik (EV) jenama…