Malaysia Autoshow 2025 Catat Kejayaan Besar: RM1.72 Bilion Potensi Jualan dan Lebih 294,000 Pengunjung

oleh Qalif Latif|
Edisi Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) mencatat kejayaan paling memberangsangkan setakat ini apabila berjaya menarik seramai 294,062 pengunjung serta merekodkan potensi jualan melebihi RM1.72 bilion.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025

Autoshow

Acara yang berlangsung dari 9 hingga 15 Mei di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) ini menyaksikan 3,194 tempahan kenderaan, 1,512 prospek trade-in, dan lebih 18,824 petunjuk jualan direkodkan. Diterajui oleh Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii) dengan sokongan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), MAS 2025 memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemimpin mobiliti generasi baharu di rantau ASEAN, sejajar dengan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Autoshow

Bertemakan "Shifting the Future", acara ini menampilkan lebih 200 pempamer dengan lebih 500 model kenderaan di ruang pameran seluas 50,000 meter persegi. Sebanyak 48 pelancaran dan pratonton kenderaan baharu diadakan, dengan 10,916 sesi pandu uji dilangsungkan. Menariknya, 51% daripada model yang dipamerkan adalah kenderaan elektrifikasi (EV, PHEV, HEV) mencerminkan peralihan jelas ke arah mobiliti hijau.

Autoshow

Pengerusi MARii, Datuk Dr. Aminar Rashid, mengucapkan penghargaan kepada semua rakan strategik seperti Perodua, Proton, Chery, Modenas, Honda, dan ORS Technologies. Manakala CEO MARii, Azrul Reza Aziz, menegaskan bahawa MAS 2025 bukan sekadar pameran automotif, tetapi jambatan antara inovasi, keterlibatan awam, dan transformasi industri.

Menteri MITI, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz pula menyifatkan kejayaan MAS 2025 sebagai selari dengan strategi Malaysia memacu pembangunan teknologi hijau dan kenderaan generasi baharu serantau.
Autoshow

Malaysia Autoshow dijadualkan kembali pada tahun 2027 dalam lokasi baharu, dengan pengalaman yang lebih baik untuk pengunjung dan pemain industri, serta komitmen berterusan sebagai platform utama bagi inovasi dan mobiliti bersih ASEAN.

Maklumat lanjut di: www.autoshow.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menariknya, pengunjung turut diberi peluang untuk merasai pengalaman simulasi pemanduan EV itu,…
Berita Domestik
Menurut CEO MARii, Dato' Madani Sahari berkata, walaupun dengan penangguhan tersebut, pihaknya akan…
Berita Domestik
Tambahnya lagi, projek yang dikendalikan oleh syarikat DreamEdge itu tidak akan dihentikan…