Malaysia Autoshow 2025 - iCAUR Rasmi Jejak Pasaran Malaysia

oleh Qalif Latif|
Malaysia kini menyaksikan kemunculan jenama baharu dalam dunia kenderaan elektrik, apabila iCAUR secara rasmi membuat kemunculan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025. Menyasarkan segmen SUV elektrik gaya hidup lasak, iCAUR diperkenalkan sebagai hasil gabungan dua gergasi Chery dan SmartMi Tech dan memilih Malaysia sebagai destinasi ASEAN pertama dalam rancangan pengembangan global mereka.

Tiga Model SUV Elektrik Diperkenalkan

Di Malaysia Autoshow 2025, iCAUR mempamerkan tiga model elektrik sepenuhnya iCAUR 03, iCAUR 03T dan iCAUR V23. Model tumpuan ialah iCAUR 03, dijadualkan untuk pelancaran rasmi pada suku ketiga 2025. Ia ditawarkan dalam dua konfigurasi:

  • 2WD: Motor belakang 135kW, tork 220Nm, jarak sehingga 426km (NEDC), bateri LFP 65.7kWh

  • iWD (dual motor): Gabungan kuasa 205kW dan tork 385Nm, jarak 418km (NEDC), bateri 69.8kWh

ICaur

Selain prestasi, iCAUR 03 membawa teknologi eksklusif seperti sistem iCARE (struktur badan berbilang aluminium dengan pelindung bateri), iROAD (mod pemanduan pelbagai untuk pelbagai permukaan), serta iBRAND (12-speaker INFINITY dan sistem kamera 540-darjah).

 

Icaur rear

Kabin digitalnya menampilkan paparan 15.6 inci untuk infotainmen dan paparan 9.2 inci untuk pemandu, disokong teknologi i-VA. Tahap keselamatan pula merangkumi ADAS Tahap 2.5 termasuk kawalan peluncuran adaptif, bantuan kesesakan, dan pertukaran lorong automatik.

Harga, Tempahan & Tawaran Eksklusif

Model iCAUR 03 kini dibuka untuk pendaftaran minat dengan deposit RM1,000.00 (boleh dipulangkan). Harga anggaran bagi versi 2WD ialah RM145,000.00 manakala varian iWD sekitar RM155,000.00. Pembeli di Malaysia Autoshow bakal menerima model skala edisi terhad sebagai ganjaran tempahan awal.

Model lain seperti iCAUR 03T pula menyasarkan segmen urban premium bersaiz besar, manakala V23 mengetengahkan karakter SUV lasak klasik yang dipertingkatkan dengan kuasa elektrik.
 

V23

Langkah Strategik Jangka Panjang

iCAUR turut menandatangani kerjasama dengan 11 pengedar awal di Malaysia sebagai langkah memperkukuh kehadiran pasaran. Syarikat itu merancang untuk melebarkan capaian global ke 100 negara dan membina lebih 2,000 pusat jualan serta servis menjelang 2028.

Kehadiran iCAUR juga selaras dengan matlamat kelestarian negara melalui pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB), menjadikan jenama ini sebahagian daripada visi mobiliti masa depan Malaysia.

Icaur orrange

Berita Berkenaan

Berita Global
Prestasi eksport dan jualan keseluruhan 2025 Sepanjang 2025, Chery Group mengeksport sebanyak 1,…
Berita Global
Reka Bentuk Lebih Besar Dengan Identiti Kotak Seakan V23 Foto intipan menunjukkan V25 mengekalkan…
Telah Diuji
Sebagai rujukan, harga pasaran China untuk model ini berada antara 84,900 hingga 109,900 yuan,…