Menurut Naib Presidennya, Emily Lek, penjenamaan semula ini mencerminkan keyakinan mereka terhadap pasaran tempatan serta komitmen membawa pengalaman gaya hidup automotif yang lebih canggih dan diperibadikan kepada pengguna Malaysia.

Sejak kemunculan sulungnya tahun lalu, jenama ini telah mencatat lebih 12,000 pendaftaran untuk model SUV enjin pembakaran dalaman (ICE) dan hibrid. Mereka kini disokong oleh 45 pengedar sah di seluruh negara, manakala secara global OMODA ꟾ JAECOO telah melebarkan sayap ke 42 negara dengan lebih 1,300 bilik pameran, meraih kepercayaan daripada lebih 500,000 pengguna.
OMODA C7 Neo Crossover Dipratonton
Di MAS2025, perhatian pengunjung tertumpu kepada model OMODA C7 Neo Crossover yang dipratonton buat kali pertama. Model ini dijangka menghangatkan persaingan dalam segmen Crossover Segmen C di Malaysia.
Turut menjadi tumpuan ialah teknologi Super Hybrid System (SHS) hasil penyelidikan Dr. David Xianqiang Lu dari Chery Automobile Co. Ltd. Sistem SHS ini telah digunakan dalam model J7 PHEV, mampu menempuh jarak sehingga 1,300km dengan satu isian penuh bahan api dan bateri.
Peluang Pandu Uji dan Tawaran Menarik
Pengunjung MAS2025 berpeluang memandu uji barisan SUV OMODA ꟾ JAECOO termasuk JAECOO J7, J7 PHEV, OMODA 9, dan yang dinanti-nantikan – JAECOO J8, kini dibuka kepada umum selepas pratonton khas pada Mac lalu.
Sepanjang pameran ini, pelanggan yang membuat tempahan layak menikmati promosi seperti:
Servis percuma selama 5 tahun ATAU kadar faedah serendah 0.8% untuk JAECOO J7 AWD & 2WD
Waranti enjin & bateri 10 tahun/1,000,000km untuk J7 PHEV
Kad Touch 'n Go edisi terhad OMODA ꟾ JAECOO untuk semua tempahan
Pavilion OMODA | JAECOO di MAS2025 turut menawarkan pengalaman interaktif seperti cetakan tote bag digital, penebusan ganjaran selepas menjawab tinjauan, serta jualan rantai kunci dan kad TnG edisi khas.