Malaysia Autoshow 2025 - TMAX Tech Max 2025 Rasmi Untuk Pasaran Malaysia

oleh Qalif Latif|
Dalam acara penuh gaya di Malaysia Autoshow 2025, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan model flagship skuter terbaharu mereka Yamaha TMAX Tech Max 2025, menyasarkan pengguna premium yang mahukan teknologi terkini, kuasa, dan kemewahan dalam satu pakej.

TMAX TECH MAX 2025
Antara pembaharuan utama yang ditawarkan oleh TMAX Tech Max 2025 termasuk:

  • Rekaan hadapan baharu dengan penambahbaikan pada akustik sistem kemasukan udara

  • Cornering ABS (Yamaha Brake Control) untuk kawalan brek lebih selamat ketika mengambil selekoh

  • Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) – membantu memantau tekanan tayar secara langsung

  • Communication Control Unit (CCU) baharu – menyokong aplikasi Y-Connect dan integrasi Garmin Motorize

TMAX TECH MAX 2025

Model ini ditawarkan dalam warna eksklusif Magma Black dan Ceramic Grey, dijual pada harga cadangan RM75,888 (tidak termasuk pendaftaran dan insurans). Ketersediaannya di bilik pameran bermula hujung Mei 2025.

Sebagai skuter ‘sport-touring’ kelas premium, TMAX Tech Max menggabungkan kuasa, kawalan dan keselesaan dalam satu pakej, meletakkannya sebagai antara pilihan terbaik dalam segmennya.

TMAX TECH MAX 2025

TMAX TECH MAX 2025
Maklumat lanjut:
https://www.yamaha-motor.com.my

Artikel ini disediakan oleh Careta.my sebagai liputan khas dari MAEPS Serdang.

TMAX TECH MAX 2025

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
YZF-R7 2026 bukan sekadar kemas kini kecil, tetapi membawa beberapa penambahbaikan besar yang…
Pelancaran Motosikal
XMAX 2025 tampil dengan rekaan luaran lebih anggun dan maskulin, disempurnakan dengan ciri-ciri…
Berita Global
Terbaru Yamaha Motor Sales Co., Ltd. memperkenalkan dua warna baharu untuk XSR125 ABS pasaran…