Malaysia jadi lokasi ujian E01 - Lima perkara yang anda perlu tahu tentang skuter elektrik Yamaha ini

oleh Mohamad Hanif|
Yamaha Motor baru-baru ini mengesahkan skuter elektrik E01 akan diperkenalkan secara berperingkat di beberapa pasaran seperti Eropah, Jepun, Indonesia, Taiwan, Thailand dan menariknya, Malaysia turut tersenarai sebagai lokasi terpilih!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kesemua lokasi tersebut akan digunakan oleh Yamaha Motor sebagai medan pengujian (Proof of Concept, PcoC) bagi skuter tersebut berdasarkan penggunaan dan kondisi iklim yang berbeza.

Ujian tersebut akan memfokuskan kepada jarak perjalanan (sederhana dan jauh), kaedah pengecasan, serta tempoh masa yang perlu dihabiskan untuk proses pengecasan.

Menurut Yamaha, skuter ini tidak akan dijual kepada umum, sebaliknya ditawarkan menerusi program pajakan, perkongsian tunggangan, serta digunakan oleh rider penghantar barangan.

Berikut lima perkara yang anda perlu tahu berkenaan skuter elektrik Yamaha E01 ini.

 

1. Saiz menyamai model skuter NMAX

Eo1


Secara asasnya, Yamaha E01 mempunyai dimensi yang hampir menyamai model NMAX, dengan panjang sekitar 1,930 mm, malah ia juga menawarkan ketinggian pelana 755 mm serta postur tunggangan yang sama.

Ruang di bawah pelana pula adalah sebesar 23 liter.

 

2. Trenkuasa

E01


Menurut Yamaha, E01 merupakan model yang setanding dengan skuter bersesaran 125 cc yang ada di pasaran.

Yamaha E01 dipacu dengan motor elektrik tunggal yang mampu menjana kuasa setinggi 10.8 hp @ 5,000 rpm dan daya kilas 30.2 Nm @ 1,950 rpm.

Sebagai perbandingan, Yamaha NMAX 125 mampu menjana kuasa setinggi 12 hp dan daya kilas 11.2 Nm.

 

3. Jarak gerak 130 km

E01


Kuasa pacuan itu tadi disumberkan oleh bateri lithium-ion berkapasiti 4.9 kWh, membolehkan jarak tunggangan sejauh 130 km mengikut data WMTC kelas 1 di Eropah.

Pendek kata, E01 merupakan skuter sifar emisi yang amat sesuai digunakan untuk jarak dekat, seperti pergi hantar anak ke sekolah, atau beli barang di kedai runcit.

Ataupun bertarawih di surau berhampiran.

 

4. Mod tunggangan

E01


Terdapat beberapa mod tunggangan dilengkapkan pada Yamaha E01, seperti:
PWR - 10.8 hp/30.2 Nm, kelajuan maksimum 100 km/j
STD - 10.8 hp/24.5 Nm, kelajuan maksimum 100 km/j
ECO - 7.2 hp/21.4 Nm, kelajuan maksimum 60 km/j
R - mod undur, 1 km/j malar

Selain itu, Yamaha E01 turut dilengkapi dengan sistem brek regeneratif, serta sistem kawalan cengkaman (TCS).

 

5. Masa pengecasan

E01


Menggunakan pengecasan normal di rumah (200-240V), Yamaha E01 memerlukan masa sekitar 5 jam untuk SoC 0 hingga 100 peratus, dan sehingga 14 jam dengan menggunakan pengecasan mudah alih (100-240V).

Namun, Yamaha E01 juga turut menyokong pengecasan pantas di mana pengecasan 0 hingga 90 peratus hanyalah sepantas satu jam sahaja.

Difahamkan, Yamaha E01 akan mula diuji pada bulan Julai ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…
Pelancaran Motosikal
Ditawarkan pada harga RM5,999 seunit, YADEA E8S Pro ini dibekalkan dengan mnotor elektrik 2.68 hp…