Malaysia negara nombor lapan paling stress untuk pemandu

oleh Mohamad Hanif|
Malaysia disenaraikan sebagai negara nombor lapan yang paling stress untuk pemandu daripada 49 buah negara di seluruh dunia berdasarkan kajian terkini oleh Confused.com.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang gemar mengembara dan memandu, negara yang paling anda perlu berhati-hati ketika memandu adalah di Emiriah Arab Bersatu dengan skor sebanyak 88/100, malah negara itu juga turut mencatatkan kadar kematian per populasi tertinggi (2,724.23 per 100,000).

Selain daripada Emiriah Arab Bersatu, empat lagi negara yang menduduki tangga tertinggi adalah Bulgaria, Turki, Itali dan juga Hong Kong.

Berdasarkan data, Malaysia mempunyai satu kamera perangkap kelajuan yang dipasang untuk setiap 995.88 km jalan raya, dengan skor kualiti infrastruktur jalan raya 72.4/100 dan kadar kematian sebanyak 22.93 untuk setiap 100,000 populasi.
 

Singapore


Rantau ASEAN tidaklah diwakili oleh Malaysia semata-mata, negara jiran kita Filipina menduduki tangga ke-13, sementara Singapura pula duduk di tangga ke-17 daripada senarai 20 buah negara yang paling stress untuk dipandu.

Laman Confused.com turut menyenaraikan 10 buah negara dengan bilangan kamera perangkap kelajuan tertinggi di dunia, di mana Hong Kong menjuarai carta dengan bilangan kamera perangkap kelajuan yang paling banyak dipasang untuk setiap kilometer.

Kualiti jalan yang paling buruk di dunia dipegang oleh negara Zimbabwe dengan skor 30.6 daripada 100, diikuti oleh negara-negara Amerika Selatan yang lain seperti Argentina, Colombia, Peru dan Brazil.

Berikut merupakan senarai yang diperoleh daripada laman web Confused.com:

10 negara paling stress untuk dipandu
1. Emiriah Arab Bersatu (88/100)
2. Bulgaria (80/100)
3. Turki (78/100)
4. Itali (76/100)
5. Hong Kong (76/100)
6. Czech Republic (74/100)
7. Belgium (72/100)
8. Malaysia (72/100)
9. Brazil (71/100)
10. Argentina (71/100)

10 negara dengan kadar kematian paling tinggi per 100,000 populasi
1. Emiriah Arab Bersatu (2,724.33)
2. India (1,138.71)
3. Chile (980.94)
4. Hong Kong (216.16)
5. Turki (97.17)
6. Kanada (51.2)
7. China (41.11)
8. Netherlands (36.8)
9. Thailand (31.58)
10. Afrika Selatan (25.12)

10 negara kurang stress untuk dipandu:
1. Denmark (27/100)
2. Finland (27/100)
3. Jepun (28/100)
4. Sepanyol (28/100)
5. Arab Saudi (29/100)
6. Australia (29/100)
7. Amerika Syarikat (30/100)
8. Sweden (33/100)
9. Hungary (35/100)
10. Slovakia (36/100)

10 negara paling banyak kamera perangkap kelajuan (satu untuk setiap x km)
1. Hong Kong (0.17)
2. Emiriah Arab Bersatu (1.45)
3. Singapura (12.59)
4. Turki (37.02)
5. Belgium (42.02)
6. Itali (43.53)
7. Czech Republic (52.15)
8. United Kingdom (54.72)
9. Austria (91.48)
10. Bulgaria (100.06)

10 negara dengan kualiti jalan paling teruk (per 100)
1. Zimbabwe (30.6)
2. Romania (32.6)
3. Brazil (33.5)
4. Peru (36.4)
5. Colombia (39.7)
6. Bulgaria (40.2)
7. Argentina (43.4)
8. Filipina (44.8)
9. Iran (48.1)
10. Czech Republic (48.5)

Sumber: Confused.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Statistik jualan bagaimanapun menunjukkan bahawa jualan EV sebenarnya meningkat untuk suku pertama…
Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
"Kita berharap kajian itu boleh memberi lebih maklumat berkenaan projek berkenaan," katanya.…