Malaysian Drift Challenge akhiri tirai sukan permotoran 2018

oleh Mohamad Hanif|
Berlangsung pada 29 sehingga 30 Disember 2018, Malaysian Drift Challenge 2018 telah selesai dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan Permotoran Langkawi, Kelab Sukan Bermotor Integrasi dan Exquisite Motorsport, Comma Motorsport serta Motorsports Association of Malaysia (MAM).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Acara tersebut berlangsung di Elite Speedway Circuit dengan menyaksikan penyertaan lebih 30 buah jentera bertempur menunjukkan bakat termasuklah dua orang drifter dari Sabah. 


Terdapat dua buah kategori yang dipertandingkan iaitu Super 15 (jentera yang menggunakan tayar bersaiz 15 inci) dan juga Super Open. 

 


Pertandingan tersebut diadili oleh juri professional, tidak lain dan tidak bukan Prince of Drift Malaysia, Tengku Djan Ley, Mervyn Nakamura serta Shahril Ibrahim (Warnbro). 


Berikut merupakan senarai pemenang untuk setiap kategori yang dipertandingkan:

Pemenang Kategori Super 15
Champion : Farhan Baharom (Toyota KE70)
2nd Place : Mah Lao (Silvia 200sx)
3rd Place : Eric Wong (Toyota AE86)

Pemenang Kategori Super Open
Champion : Tan Tat Wei (Silvia 180sx)
2nd Place : Wilson Chang (Silvia 180sx)
3rd Place : Lee Mun Hoong (Silvia S14)

 

Saksikan kemeriahan acara tersebut menerusi galeri gambar di bawah. 

Kredit gambar: Tomalique.