Pengesahan itu melakarkan sejarah baru buat MAM dengan kerjasama dari semua organisasi, peserta dan badan kerajaan di bawah selia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan FIA Asia Pasifik.
Sebagai wakil sulung yang dilantik oleh FIA untuk mengawal selia sukan permotoran di Malaysia, MAM diwajibkan untuk memupuk dan mencapai tahap keselamatan, keadilan dan tanggungjawab sosial dalam setiap peringkat sukan lumba di Malaysia.
Presiden FIA, Mohammed Ben Sulayem berkata, "Bagi pihak FIA, saya ingin mengalukan Motorsports Association of Malaysia (MAM) ke dalam keluarga FIA dan kami berharap untuk mengembangkan lagi penyertaan sukan lumba di negara itu bersama."

Selain itu, Presiden MAM, Mokhzani Mahathir berkata, "Sukan perlumbaan telah menjadi satu perkara bermakna dalam hidup saya. Pengesahan oleh FIA untuk MAM merupakan sambutan untuk semua peserta dan peminat sukan lumba di Malaysia."
"Kita telah menjadi pusat kepada sukan lumba untuk Asia Tenggara dan setelah hampir semua sempadan dibuka semula, saya melihat bahawa pelancongan dalam sektor sukan lumba akan menyinar semula bersama beberapa acara perlumbaan di negara ini."
"Saya ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong MAM sehingga menerima pengesahan oleh FIA, terutama KBS, PJS, penganjur, pemilik SIC, penaja, peserta dan semua peminat sukan lumba. Saya berharap kita bersama dapat membawa sukan lumba Malaysia ke peringkat lebih tinggi dengan selamat."