Mamat ni berazam pusing keliling dunia guna Honda Monkey je!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemuda warga Portugis, André Sousa yang berusia 24 tahun berazam untuk mencipta satu lagi rekod dunia dengan mengembara mengelilingi dunia sejauh kira-kira 60,000 km.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk itu, beliau tidak memerlukan sebuah motosikal kembara yang besar atau selesa, sebaliknya motosikal yang digunakan adalah sebuah Honda Monkey!

 

 


André memulakan perjalanan beliau pada 12 Julai 2020 di titik permulaan Avis, Portugal, di mana dari situ beliau akan menjelajah benua Eropah, seterusnya menghala ke benua Asia.

Antara negara yang bakal dilawati di dalam perjalanan kos rendah ini termasuklah Turki, Iran, Pakistan, India, Thailand, Laos, Kemboja, Malaysia dan Singapura.

Daripada situ, beliau akan menggunakan kapal terbang menuju ke Australia untuk berjalan dari Perth ke Sydney, dan kemudian menghala ke benua Amerika Selatan sebelum pulang menamatkan perjalanan menerusi benua Afrika.

Kenapa Honda Monkey?

 


Motosikal bersesaran 125cc itu dipilih atas faktor ketahanan dan reliabiliti, dan beliau tidak mensasarkan tempoh perjalanan terpantas kerana purata kelajuan yang bakal André lakukan hanyalah sekitar 50 km/j disebabkan motosikalnya penuh dengan muatan.

Malah, jika diperhatikan, saiz beg yang dibawa adalah menyamai saiz motosikal itu sendiri!

Honda Monkey itu tidak dibiarkan standard, di mana André telah menukar kepada sistem ekzos yang berbeza, selain menambah bekas simpanan sisi, tambahan lampu utama bagi memudahkan perjalanan di kawasan gelap.

 


Secara keseluruhan, kembara André akan mengambil masa kira-kira lebih daripada dua tahun dengan jarak perjalanan lebih daripada 60,000 km, dan sekurang-kurangnya merentasi 50 buah negara di enam buah benua.

Bagi mereka yang baharu mengenali André Sousa, beliau sendiri merupakan pemegang rekod dunia 2018 untuk rekod Perjalanan Terpantas Merentas Amerika Selatan atas Motosikal Kecil - 120 hari, lebih 24,000 km - menggunakan motosikal yang sama.

Anda boleh mengikuti perkembangan André Sousa menerusi laman web RideThatMonkey serta laman media sosial Instagram dan Facebook.
 


Sumber: DriveMag