Mampukah Geely/Proton saingi kuasa besar Jepun di luar Malaysia?

oleh Mohamad Hanif|
Dua tahun semenjak pengambilalihan Geely terhadap Proton dan ternyata langkah tersebut berjaya menaikkan semula nama Proton di peringkat pasaran domestik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan data jumlah jualan kenderaan di Malaysia untuk tahun 2019, secara keseluruhannya Geely/Proton berjaya mengalahkan jenama-jenama besar Jepun dengan 100,183 unit kenderaan untuk tempoh Januari-Disember.

Ini diterjemahkan dengan penguasaan pasaran kenderaan sebanyak 16.6 peratus, manakala Perodua masih lagi mendahului dengan penguasaan hampir 40 peratus.

Melihatkan kepada pencapaian tersebut, langkah Geely/Proton seterusnya adalah untuk menguasai pasaran Asia Tenggara, khususnya pasaran pemanduan sebelah kanan sepertiThailand, Indonesia, Singapura dan Brunei.

CEO Proton, Li Chunrong tidak memberikan tempoh jangka masa yang spesifik namun beliau mahukan Proton untuk meningkatkan penjualan di luar negara sebanyak empat kali ganda berbanding jumlah pada tahun lalu - 1,000 unit.
 


Dalam satu temuramah yang dijalankan oleh Reuters, beliau mahukan 40 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Proton hadir dari pasaran luar, khususnya Thailand dan Indonesia.

Ketika ditanya, beliau enggan mengulas lanjut strategi yang bakal digunakan namun, beliau menjanjikan model baharu akan dilancarkan setiap tahun. 

Pasaran ASEAN pada ketika ini merupakan pasaran strategik, di mana analisis pakar IHS Markit meramalkan pertumbuhan positif pada kadar 3 peratus untuk tempoh 2016-2020, berbanding penurunan 1 peratus di peringkat global. 

Namun, menurut IHS, Geely/Proton masih lagi merupakan pemain yang kecil jika dibandingkan dengan jenama-jenama besar Jepun yang lain. 
 


Toyota pada ketika ini menguasai pegangan pasaran sebanyak 30 peratus, diikuti oleh Honda (13 peratus) dan Mitsubishi (10 peratus). Geely/Proton pula hanya menduduki tangga ke-11 dengan penguasaan pasaran sebanyak 3 peratus, dan majoriti jumlah jualannya adalah dari Malaysia. 

Walaupun bercita-cita tinggi, Proton berkemungkinan besar tidak mempunyai kapasiti produksi untuk memenuhi keperluan di rantau ASEAN, ujar Mayuree Chaiyuthanaporn, penganalisis kanan IHS.

"Dari segi jualan, Proton mungkin tidak akan berjaya di luar Malaysia," tambah beliau. 

Dalam tempoh lima tahun selepas proses pengambilalihan Geely terhadap Proton, Li optimis bahawa jenama nasional tersebut mampu mengalahkan Perodua menjelang tahun 2022 - dua tahun dari sekarang.
 


Geely/Proton juga turut memberitahu langkah pengurangan kos yang diambil kepada Reuters seperti menukar sumber komponen automotif kepada alternatif yang lebih murah dari China, 'melepaskan' beberapa pengedar kecil, selain berusaha untuk menjalinkan usahasama antara vendor Malaysia dengan pembekal dari China. 

Dengan berjaya mencapai penjimatan sehingga RM250 juta pada tahun 2018, Geely/Proton juga turut mengurangkan bilangan gudangnya daripada 16 buah kepada hanya empat buah sahaja, selain menjual 1,000 daripada 1,500 unit kenderaan syarikat. 

Malah, langganan surat khabar untuk kesemua eksekutif juga turut dihentikan. 

Dalam satu perkembangan lain, Geely/Proton juga turut menerima kritikan daripada ahli politik dan kumpulan industri kerana tindakan yang terlalu menyebelahi pengedar-pengedar Cina-Malaysia. 

Semenjak Geely mengambil alih Proton, bilangan pengedar Melayu berkurangan kepada 32 peratus daripada 42 peratus, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri perdagangan antarabangsa dan industri kepada parlimen bulan lalu. 
 


Kebanyakan mereka tidak dapat memenuhi permintaan Geely/Proton untuk menaiktaraf pusat pameran sedia ada untuk menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik, dan ini adalah mengejutkan menurut Nik Izani Nik Ibrahim dari Persatuan Pengedar dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia.

Namun, dalam satu kenyataan balas, Li menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa keputusan itu didorong oleh logik perniagaan. 

Isu tersebut turut ditimbulkan oleh menteri Malaysia berkenaan permasalahan yang melanda kebanyakan pengedar Melayu untuk tahun pertama pengambilalihan Geely/Proton. 

Namun kebimbangan tersebut nampaknya telah merosot semenjak Geely/Proton telah mengubah strategi untuk pengedar termasuklah membenarkan pusat jualan asas untuk meneruskan operasi perniagaan mereka. 

Proton yang dilancarkan pada tahun 1983 merupakan peneraju utama pasaran kenderaan namun pegangan pasarannya merudum pada dekad yang lalu akibat masalah kualiti serta khidmat selepas jualan yang terhad.

 


Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Berita Domestik
Malaysia yang juga akan menjadi ibu pejabat Stellantis untuk Asia Pasifik turut menjadi pusat…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…