MAN Malaysia anjur sesi pandu uji trak MANTAP! di Johor Bahru

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) baru-baru ini menganjurkan acara MAN Test and Prove! (MANTAP!) bertempat di cawangan Johor Bahru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara yang pertama kali diadakan ini memberikan peluang kepada para pemilik syarikat pengangkutan dan pemandu trak di wilayah Selatan untuk menguji sendiri trak generasi baharu MAN di atas jalan raya.

Disamping dengan trenkuasa yang patuh piawaian emisi Euro 5, mereka juga berpeluang untuk mengetahui ciri-ciri yang menerajui pencapaian keselesaan memandu, kecekapan penggunaan bahan api, sistem bantuan dan sebagainya.
 

MAN


Menurut Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O'Brooks berkata matlamat syarikat itu adalah untuk meningkatkan kehadiran pasaran di wilayah tersebut.

“Minat yang tinggi dari wilayah ini telah diterima sejak pelancaran trak generasi baharu MAN.  MANTAP! merupakan jemputan untuk komuniti pengangkutan di Selatan untuk berkunjung dan memandu uji trak terkini daripada MAN dan memberi peluang kepada kami untuk membuktikan kehebatannya dalam hampir segenap aspek berbanding trak-trak lain di pasaran,” jelasnya.

Pengarah HSE Logistics Sdn Bhd, Mohd Hairiy bin Abu Rasid, yang tiba paling awal dari Tangkak bersama anak lelakinya menyambut baik inisiatif yang dilaksanakan oleh MAN Malaysia.

“Trak MAN terkenal dengan kuasa tarikan dan brek yang tiada tandingnya dan sangat sesuai untuk menjalankan tugas-tugas berat. Saya amat tertarik dengan trak utama MAN TGX Baharu dengan ruang kabin yang luas dan enjin berkuasa 540 hp dan merancang untuk membuat pembelian pada tahun hadapan,” kata beliau.
 

MAN


Tuan Haji Dzulfariqh bin Abdul Manap, pemilik Chain Hub Sdn Bhd telah mengambil peluang untuk membawa seramai sembilan orang pemandu syarikat ke acara pandu uji ini.

“Semua pemandu saya telah memberi maklum balas yang sangat positif selepas memandu uji MAN TGS Baharu," ujarnya yang telah menempah dua unit dan kini sedang menunggu kehadiran trak-trak baharu itu.

Dengan input daripada 300 orang pemilik dan 700 orang pemandu dari 16 buah negara, MAN telah membangunkan semula trak generasi baharu dengan enjin Euro 5 secara standard bagi membolehkan perniagaan mencapai keuntungan serta memenuhi tanggungjawab persekitaran.

Maklumat lanjut berkenaan trak generasi baharu MAN Euro 5 itu boleh didapati menerusi laman web www.man.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebahagian daripada pembelian 10 buah bas MAN, terdiri daripada lima unit dek kembar…
Berita Domestik
Acara MANTAP 2023 itu diadakan pada penghujung tahun 2023 di MAN Pelabuhan Klang dan dihadiri…
Berita Domestik
Pembelian terbaharu itu menjadikan MAN sebagai jenama trak utama dalam barisan kenderaan Globonus…