MAN Malaysia bakal tawar bas dengan enjin Euro V 2023, serta casis bas elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang tahun hadapan, MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd atau MAN Malaysia akan menjadi pengeluar pertama yang menawarkan trak dan bas dengan enjin Euro V sebagai ciri standard.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berucap di acara MAN BAGUS, Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O'Brooks mengumumkan syarikat tersebut akan memperkenalkan pilihan enjin Euro 5 pada tahun 2023 dalam usaha untuk membantu syarikat bas mengurangkan jejak karbon.

“Menjelang tahun depan, kami juga berharap mula menerima tempahan untuk casis elektrik (e-casis) MAN. Namun ia bergantung kepada infrastruktur pengecasan EV yang kami harap akan menjadi tumpuan utama kerajaan.
 

MAN


"Ini adalah langkah penting yang diambil oleh MAN Malaysia dalam usaha kami untuk terus menawarkan opsyen mesra alam kepada industri pengangkutan. Ia juga sejajar dengan usaha kami untuk memacu Malaysia ke arah status karbon neutral menjelang 2050. Pengenalan enjin Euro V dan e-casis pasti akan membezakan rangkaian produk bas MAN, yang memang dikenali dari segi kualiti, kebolehpercayaan, keserbabolehan dan fleksibiliti,” ujar beliau.

O’Brooks turut melahirkan keyakinan bahawa pengendali bas di Malaysia akan berpandangan jauh untuk menyertai usaha kemampanan seperti rakan mereka dalam sektor pengangkutan dan logistik yang tidak ragu-ragu memilih MAN Truck Generation Baharu dengan enjin Euro V untuk barisan kenderaan mereka.

“Saya percaya, ramai daripada kalangan peserta industri akan melihat manfaat daripada pelaburan dalam casis bas yang lebih mampan, cekap penggunaan bahan api dengan pelepasan karbon rendah. Disebabkan pengangkutan darat menjadi penyumbang utama kepada pelepasan karbon, kita semua seharusnya memainkan peranan dalam membantu mengurangkan jejak karbon industri di negara ini jika ingin mencapai status karbon neutral menjelang 2050,” kata beliau.
 

MAN


Di luar negara, MAN turut sama membangunkan penyelesaian elektro-mobiliti untuk sektor pengangkutan awam menerusi MAN Lion City E.

Bas elektrik MAN ini telah pun memulakan khidmat di beberapa bandaraya di Eropah, serta membuktikan berjaya melakukan perjalanan 2,500 km dari Munich, Jerman ke Limerick, Ireland di dalam program Electrifying Europe Tour pada 29 April hingga 8 Mei yang lalu.

Sebelum e-casis MAN baharu ini mampu menjadi produk berdaya maju di negara ini, terdapat beberapa isu pertama yang perlu diambil kira, seperti berikut:
-insentif yang mendorong penggunaan kenderaan elektrik secara besar-besaran masih kurang
-walapupun kerajaan berhasrat untuk mencapai status neutral karbon pada 2050, langkah yang diambil dan proses pelaksanaannya masih tidak jelas dan tidak banyak insentif diberi kepada pengguna untuk melabur dalam kenderaan elektrik perkhidmatan awam (PSV)
-tahap pelaburan dan pembangunan infrastruktur pengecasan

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebahagian daripada pembelian 10 buah bas MAN, terdiri daripada lima unit dek kembar…
Berita Domestik
Acara MANTAP 2023 itu diadakan pada penghujung tahun 2023 di MAN Pelabuhan Klang dan dihadiri…
Berita Domestik
Pembelian terbaharu itu menjadikan MAN sebagai jenama trak utama dalam barisan kenderaan Globonus…