MAN Malaysia serah 15 unit trak TGS Euro V kepada syarikat Mekar Angkut

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Syarikat MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd baru-baru ini telah menyerahkan 15 unit trak MAN TGS berkuasa Euro V baharu kepada syarikat Mekar Angkut Sdn Bhd yang berpangkalan di Kota Bahru, Kelantan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Majlis penyerahan itu telah diadakan bertempat di ibu pejabat bersepadu baharu MAN Malaysia di Shah Alam, Selangor.

 

2

 

Penyerahan itu terdiri dari 10 unit varian MAN TGS 4x2 yang digunakan sebagai trak pengangkut kenderaan, dan 5 unit varian MAN TGS 6x2 yang digunakan sebagai trak tangki untuk mengangkut minyak sawit.

Menjadi pilihan utama kebanyakan syarikat dalam industri pengangkutan di Malaysia, trak MAN dengan enjin Euro V dipilih sebagai standard mendahului dalam orientasi pemandu, kecekapan bahan api, sistem bantuan, rangkaian digital dan paling penting, kemampanan.

 

3

 

Dalam majlis penyerahan tersebut, Pengerusi Eksekutif Mekar Angkut, Che Ibrahim bin Che Ismail atau dikenali sebagai Pak Nik menjelaskan keputusan syarikatnya memilih trak MAN TGS baharu.

Beliau berkata, “Kami mempunyai pengalaman yang baik dengan prestasi dan kebolehpercayaan Bas MAN dalam perniagaan bas ekspres kami, Ekspres Mutiara.”

 

4

 

“Pada mulanya, terdapat sedikit keraguan mengenai sokongan lepas jualan kerana kami berpangkalan di Kota Bahru.”

“Bagaimanapun, selepas melihat sendiri persediaan dan pelaburan semasa syarikat MAN Malaysia di Shah Alam dan menerima komitmen kukuh daripada pengurusannya, saya yakin bahawa kami telah membuat pilihan yang tepat." ujar Pak Nik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebahagian daripada pembelian 10 buah bas MAN, terdiri daripada lima unit dek kembar…
Berita Domestik
Acara MANTAP 2023 itu diadakan pada penghujung tahun 2023 di MAN Pelabuhan Klang dan dihadiri…
Berita Domestik
Pembelian terbaharu itu menjadikan MAN sebagai jenama trak utama dalam barisan kenderaan Globonus…