MAN Malaysia serah trak TGS spesifikasi Euro V kepada empat pelanggan kali pertama

oleh Mohamad Hanif|
MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd atau MAN Malaysia baru-baru ini menyerahkan trak MAN TGS generasi baharu dengan enjin Euro V kepada empat pelanggan kali pertama mereka di Pelabuhan Klang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Empat syarikat yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:

  • Artha Logistics Sdn Bhd (dua unit MAN TGS 6x2)
  • Mawar Movers Sdn Bhd (satu MAN TGS 4x2, satu 6x2)
  • Transprompt Cargo Logistics Sdn Bhd (dua unit MAN TGS 6x2)
  • Vertex Mission Sdn Bhd (dua unit MAN TGS 4x2, tiga unit 6x2)

Sementara syarikat Timur Permai Haulage Sdn Bhd baru sahaja menyempurnakan penerimaan unit kedua MAN TGS.
 

Man TGS


Penyerahan terbaharu ini adalah susulan kepada penyerahan sebanyak 41 buah unit kepada FGV Transport Services Sdn Bhd yang dibuat pada bulan lalu.

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O'Brooks mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kerana memilih trak MAN sebagai sebahagian daripada barisan armada mereka.

“MAN mengejutkan pasaran apabila kami menjadi pengeluar trak pertama di Malaysia yang menawarkan enjin Euro V sebagai standard di seluruh portfolio produk kami dan kami tidak menoleh ke belakang sejak itu.
 

man


"Kami gembira melihat semakin banyak syarikat pengangkutan di Malaysia memainkan peranan mereka dalam mengurangkan jejak karbon kumpulan kenderaan masing-masing dengan Trak MAN dengan pelepasan yang lebih rendah," ujarnya.
 
O’Brooks menambah bahawa MAN Malaysia telah bersedia untuk memenuhi permintaan kumpulan pelanggan yang semakin meningkat di negara ini.

Selepas hampir tiga dekad di Rawang, syarikat telah memindahkan ibu pejabatnya ke kemudahan bersepadu yang moden dan luas di Shah Alam.

Kemudahan ini akan menempatkan keseluruhan operasi syarikat, termasuk pemasangan kenderaan, di bawah satu bumbung.

Baca: Spesifikasi MAN TGS Euro V

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia merupakan sebahagian daripada pembelian 10 buah bas MAN, terdiri daripada lima unit dek kembar…
Berita Domestik
Acara MANTAP 2023 itu diadakan pada penghujung tahun 2023 di MAN Pelabuhan Klang dan dihadiri…
Berita Domestik
Pembelian terbaharu itu menjadikan MAN sebagai jenama trak utama dalam barisan kenderaan Globonus…