Mangsa banjir digesa buat laporan jika kenderaan hilang

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa pemilik kenderaan yang dicuri supaya membuat laporan kepada pihak polis.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, pemilik boleh datang sendiri ke balai atau meminta anggota datang ke premis masing-masing untuk diambil laporan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pemilik perlu kenal pasti lokasi kenderaan sebelum membuat laporan dan nyatakan tempat letak kereta asal sama ada ia dihanyutkan atau rosak.


"Pastikan sama ada berlaku kecurian pecah masuk dan nyatakan dalam laporan apa yang hilang dari dalam kereta," katanya kepada pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini pada Sabtu.
 

Tambahnya, amat penting untuk mangsa yang terbabit mengenal pasti pihak yang menunda kenderaan mereka untuk mengelakkan kerumitan di kemudian hari.

 

"Mangsa perlu kenal pasti sama ada lori tunda dari majlis perbandaran tempatan atau pihak lain. Dapatkan butiran syarikat penunda dan lokasi di mana kereta anda akan dibawa untuk proses pembaikan.

 

"Ambil gambar kenderaan anda yang rosak dan lebih penting ambil juga gambar kenderaan yang menunda," katanya.

 

Beliau berkata, maklumat tersebut diperlukan oleh pihak insurans untuk membuat penilaian terhadap kenderaan terbabit.

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Informasi
  Panel terbabit turut membenarkan kesemua tuntutan yang telah diplidkan oleh perayu, Loh Swee…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya turut menerima…