Mangsa pokok tumbang boleh tuntut pampasan daripada PBT

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Sebanyak 5,913 kes pokok tumbang direkodkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) di seluruh negara sejak 2023 hingga April lalu.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata daripada jumlah itu, 1,085 kes dilaporkan berlaku dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

"Sementara kekerapan insiden pokok tumbang sepanjang tahun 2023 adalah 4,828 kes di seluruh negara.

"Bilangan kes tertinggi direkodkan di Selangor membabitkan 953 kes, diikuti Perak (575 kes) dan Johor (523 kes)," katanya melalui jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Kor Ming menjawab soalan Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) yang meminta menteri perumahan dan kerajaan tempatan memaklumkan berhubung garis panduan penanaman pokok di tepi jalan di bawah seliaan pihak kerajaan Pusat dan kerajaan tempatan.

Pada masa sama, Kor Ming berkata, mangsa yang terbabit dengan kemalangan akibat pokok tumbang boleh mengemukakan permohonan pampasan bagi tuntutan ganti rugi melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Namun setiap tuntutan yang dikemukakan masih tertakluk kepada keputusan siasatan yang akan dijalankan pihak insuran lantikan PBT masing-masing.

"Orang awam juga digalakkan bekerjasama dengan PBT bagi memaklumkan dan mendapatkan khidmat sokongan bersesuaian sekiranya terdapat kes pokok yang mendatangkan bahaya serta memerlukan tindakan segera," katanya.

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian turut menyebabkan seorang wanita berusia 19 tahun cedera apabila kereta Perodua Myvi…
Informasi
"Laluan ini sudah ditutup sepenuhnya. Bagi kenderaan yang masih tersangkut (terperangkap) di laluan…
Berita Domestik
Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.25 petang, yang memaklumkan terdapat pokok…