Manipulasi pelepasan diesel: Bekas ketua Audi dijangka buat pengakuan

oleh Penyumbang Rencana|
Bekas ketua eksekutif Audi, Rupert Stadler dijangka membuat pengakuan pada Selasa membabitkan pelepasan diesel yang dimanipulasi, yang telah berjalan selama dua setengah tahun, lapor agensi Reuters.


Pengurus itu yang juga ahli lembaga kumpulan VW berkata pada awal Mei bahawa dia akan membuat pengakuan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mahkamah Wilayah Munich menjanjikan hukuman lebih ringan kepadanya jika membuat pengakuan bersalah secara menyeluruh dan membayar denda EUR1.1 juta (US$1.2 juta).

Pejabat pendakwa raya bersetuju dengan rundingan pengakuan itu.

Dakwaan itu dikaitkan dengan lebih 430,000 kereta VW, Audi dan Porsche yang dipasang dengan 'peranti' untuk menipu ujian pengeluaran badan pengatur.

Kereta dengan enjin diesel telah dimanipulasi oleh sistem automatik sehingga mematuhi had pelepasan ekzos ketika ujian, tetapi tidak di jalan raya.

Stadler tidak dituduh bertanggungjawab memanipulasi kereta. Bagaimanapun, mengikut dakwaan, beliau membenarkan penjualan kenderaan terbabit berterusan hingga awal 2018.

Bekas ketua pembangunan enjin Audi, Wolfgang Hatz, dan dua jurutera kanannya mengaku membantu mereka bentuk perisian enjin terbabit.

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
  Buat kali pertama dalam siri A3, pemandu boleh menukar lampu nyalaan siang (DRL) digital dengan…
Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…